Memelihara binatang peliharaan tidak menjadi satu kesalahan namun begitu sebagai rakyat yang prihatin anda mesti bertanggungjawab keatas haiwan berkenaan.
Haiwan yang dipelihara mestilah tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai dan sebagai penjaga kita perlu sentiasa memastikan haiwan tersebut dipantau.
Kesian tengok muka pekerja penghantar barang ini
Seperti kisah yang di media sosial seorang pekerja penghantar barang mengalami luka teruk dipercayai diserang anjing peliharaan pelanggan.
Perkongsian tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yang berang dengan pemilik anjing tersebut yang tidak peka dengan perkara ini. Kesian betul tengok muka lelaki ini.
Habis muka dipenuhi luka dan berdarah
Menerusi video ini dikongsikan oleh rakan kepada mangsa serangan anjing ini di laman aplikasi TikTok.
Malah, rata-rata netizen turut melahirkan rasa simpati dan mendoakan kesembuhan buat lelaki ini.
Panasnya muka Ya Allah
Rakaman video yang berdurasi kurang dari seminit itu memaparkan keadaan penghantar barang ini dipenuhi luka dan berdarah.
Malah kedengaran suara penghantar barang itu merintih memberitahu mukanya panas akibat luka tersebut.
Tolonglah peka tuan rumah
Selain itu, rakan kepada mangsa yang cedera itu turut menasihati agar tuan rumah peka dan mengawasi anjing peliharaan mereka agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
Mangsa dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen masing-masing meluahkan rasa geram dengan insiden yang berlaku.
Orang ramai gesa saman tuan anjing
Selain itu, mereka turut menggesa agar mangsa saman tuan anjing kerana kejadian ini boleh menyebabkan kematian.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada pencinta haiwan supaya lebih peka dan prihatin dengan haiwan peliharaan masing-masing.