Connect with us

Viral

“Doktor tak belajar agama ke?” Lebih Sejam Isteri Bertarung Nyawa, Suami Tak Mahu Doktor Lelaki Sambut Kelahiran

Detik kelahiran cahaya mata adalah satu momen indah yang sering dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berumah tangga.

Namun begitu, persediaan untuk kelahiran sering menjadi keutamaan seperti hospital, kelengkapan bayi dan persediaan dari ibu yang bakal melahirkan itu sendiri.

Ramai ibu diluar sana menginginkan doktor wanita yang akan membantu mereka semasa proses kelahiran berlaku.

Doktor kongsi pengalaman proses kelahiran di hospital daerah

Namun begitu tidak dapat dinafikan, doktor lelaki dalam bidang tersebut turut sama hebatnya dan dan ramai doktor lelaki mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang Dr Ahmad Zakimi Abdullah, beliau berkongsi satu kisah ketika sedang bekerja di salah sebuah hospital daerah.

Mungkin isteri itu sakit nak bersalin 

“Di suatu ketika semasa aku kerja di sebuah hospital daerah, ada seorang suami membawa isteri yang nak bersalin ke bilik bersalin.”

“Si suami berseluar pendek, bertopi dan memakai rantai. Ala-ala hip-hop. Si isteri pula memakai baju seolah-olah tak cukup benang.”

“Takpe lah, mungkin si isteri tu terlalu sakit nak bersalin maka tak sempat pakai baju yang cukup syaratnya.”

Takde doktor perempuan ke

“Doktor! Isteri saya nak bersalin ni. Ujar si suami tegas. Keadaan agak kelam kabut.
Takpe encik. Nanti saya periksa dulu berapa cm bukaan. Balas aku.”

“Eh doktor! Takde doktor pompuan ke?. Si suami panjangkan berbualan kami. Agak tegas.
Takde encik. Saya sorang saja oncall malam ni.”

Doktor ini tak belajar agama ke

“Doktor pompuan tak bertugas malam ni. Hanya saya sorang. Ujar aku sambil memakai sepasang glove. Siap sedia untuk jalankan tugas pemeriksaan.”

“Mana boleh doktor lelaki periksa isteri saya. Doktor ni tak belajar agama ke? Kan aurat tu. Hospital kat Malaysia ni tak Islam sungguh gamaknya. Betul lah orang lain kata.”

“Si suami masih bertegas dan cuba menolak. Keadaan sedikit tegang. Bilik bersalin ketika itu juga agak sibuk. Kedengaran jeritan ibu-ibu lain yang tengah meneran.”

Saya doktor muslim, walaupun tak alim saya tahu juga pasal agama

“Saya pun doktor muslim. Saya memang tak alim sangat tapi tahu juga sikit pasal agama. Isteri encik kan nak bersalin. Dalam keadaan nak bersalin tu dah kira darurat.”

“Lagipun saya sorang saja yang ada dan mampu sambut bersalin. Tambah pula isteri encik ada masalah darah tinggi.”

“Misi tak boleh sambut. Jawab aku sambil menoleh kearah misi-misi bilik bersalin.”

Tak boleh panggil doktor perempuan dekat rumah ke

“Aduhhhh. Aduhhh. Sakit! Sakit!” Bunyi teriak si isteri dari bilik 2. Wajah pucat si suami terpancar.”

“So takleh panggil doktor pompuan kat rumah ke, doktor. Maaf encik. Tak boleh. Dia pun akan oncall esok.”

“Takpe nanti saya suruh misi check jalan isteri encik dulu. Nanti nak bersalin terpaksa saya juga sebab isteri encik ada masalah.”

Darurat benarkan saya sambut kelahiran

“Oklah. Nak buat macamana. Negara je Islam. Hospital KKM yang tak Islamik.”

“Takpe encik. Keadaan darurat membenarkan saya sambut kelahiran bagi wanita nak bersalin. Tiada lagi aurat.”

Encik boleh azan di telingan anak ini

“Setelah sejam setengah lamanya, akhirnya pesakit wanita itu dah 10cm. Akhirnya aku menyambut kelahiran anak lelaki mereka dengan selamat.”

“Nah encik. Ni anak encik. Anak lelaki. Encik boleh azan di telinga anak ni.”

“Sebelum ni eloklah encik tutup aurat encik tu sebab tadi encik cakap pasal aurat kan. Nah pakai kain sarung saya. Ujar aku sambil hulurkan kain sarung kepada dia.”

Saya tak tahu sangat azan

“Tapi doktor. Saya tak tahu sangat azan. Tak biasa. Boleh doktor azankan dan doa-doa skit. Ok. Nanti saya tunjukan. Terima kasih, doktor.”

“Hai. Bukan main cakap aku tak belajar agama. Dia sendiri tak tutup aurat. Nak azan pun tak biasa katanya. Hmmm.”

Aurat wanita ketika nak bersalin

“Aku nak ceritakan sedikit tentang apa yang boleh kita belajar dan simpulkan dari cerita di atas berkenaan dengan isu aurat wanita ketika nak bersalin dengan doktor lelaki.”

“Aku ingin kongsikan satu Hadis Rasulullah SAW, “Bahawa Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) telah meminta izin kepada Nabi SAW untuk rawatan bekam, maka Nabi SAW menyuruh Abu Toibah merawatnya.”

Doktor lelaki dibolehkan menyambut kelahiran wanita

“Berkata Jabir, Aku kira bahawa Abu Toibah itu adalah saudara susuan Ummu Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” (Hadis riwayat Muslim, no. 2206)

“Para ulama bersependapat bahawa doktor lelaki di bolehkan untuk tujuan merawat mahupun menyambut kelahiran bagi wanita yang bukan mahram dalam keadaan darurat (terdesak). Hukumnya harus.”

“Jika hanya doktor lelaki itu saja yang ada dan tiada doktor wanita yang mampu dalam kepakaran tersebut ketika itu.”

Perkongsian Dr Ahmad Zakimi ini telah mendapat 6,800 tanda suka. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan pengajaran kepada kita semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.