Connect with us

Viral

“Kita lelaki, patah tumbuh hilang berganti,” Netizen Serang FB Suspek Bunuh, Tanam Isteri

Siang tadi kita digemparkan dengan satu tragedi di mana seorang mayat wanita yang ditemui di dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai oleh pihak polis.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan, apabila kejadian kejam itu didakwa dilakukan sendiri oleh suaminya.

Sebelum kejadian itu, suspek dipercayai sempat memuat naik beberapa status menerusi laman Facebooknya seolah-olah memerli isterinya sendiri.

Bagaimanapun, kini laman Facebooknya telah diserang oleh warganet yang rata-rata ‘geram’ dan ‘marah’ dengan tindakannya.

Difahamkan, status tersebut telah dimuat naik oleh suspek, sebelum isterinya dilaporkan hilang.

Mangsa telah dilaporkan keluar rumah pada 1 Mac selepas bergaduh dengan suaminya.

Menerusi status tersebut, si suami memberi gambaran akan berkahwin dengan wanita lain namun, proses pencariannya menjadi sukar disebabkan pemakaian pelitup muka yang kini menjadi kewajiban jika berada di tempat awam.

Menerusi status yang lain, suspek juga sempat memberikan ‘hint‘ bahawa isterinya tidak menjaga makan minumnya.

Bahkan, dia terpaksa ke kedai makan bagi mengisi perutnya. Pada masa yang sama, dia sempat memberikan nasihat kepada orang ramai supaya memfokuskan kepada ilmu akhirat yang lebih penting.

Terdahulu, mayat seorang wanita yang pada mulanya dilaporkan hilang telah dijumpai oleh pihak polis dalam keadaan yang cukup tragis.

Difahamkan, kes tersebut bermotifkan cemburu dan pihak polis turut menjumpai surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu, selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Katanya, kes ini bermula apabila jiran mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan, Isnin lalu.

Katanya, ia membawa kepada penahanan suami wanita berkenaan serta seorang lagi lelaki yang berusia 32 tahun yang juga rakan baiknya, keesokan harinya bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal ke atas suami wanita itu, suspek mendakwa isterinya keluar rumah kira-kira 2 pagi, Isnin lalu dan tidak pulang ke sejak itu.

“Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham dengan isterinya itu sebelum mangsa keluar rumah.

“Bagaimanapun, suami mangsa yang juga seorang pemandu jengkaut akhirnya mengaku membunuh isterinya ketika wanita berkenaan sedang tidur dengan menggunakan senapang angin.

“Mayat wanita malang berkenaan dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar sebelum ia dibawa ke sebuah ladang serai di Bandar Penawar, lebih 30 kilometer dari kediaman mereka dan ditanam di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

BACA: Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, suspek kemudian menunjukkan lokasi isterinya ditanam, semalam kira-kira jam 10.30 pagi.

Katanya, mayat mangsa yang diisi di dalam tong air itu ditemui tertanam sedalam kira-kira dua meter di ladang serai berkenaan.

“Kita percaya suspek membawa tong air biru itu di dalam pacuan empat roda miliknya ke ladang berkenaan sebelum menggunakan jengkaut bagi menggali lubang bagi menanam tong berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut di rumah suspek menemukan selaras senapang angin, selaras senapang patah, 54 butir peluru penabur 12 bore, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dan jengkaut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan mendatangkan kecederaan dan pemilikan senjata api.

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek ditahan reman enam hari bermula hari ini hingga Rabu depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori,jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek turut disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960. Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh tiga hari selepas laporan dibuat,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.