Connect with us

Selebriti

Manis Berlesung Pipit, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Tayang Wajah Anak

Seperti kita sedia maklum, pelakon cantik jelita, Zahirah Macwilson telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 5 Januari lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Zahirah dan suami, Aiman Hakim Ridza langsung tidak mendedahkan wajah bayi lelaki mereka kepada umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Tetapi pada hari ini iaitu selepas genap dua bulan, pasangan ini akhirnya berkongsi foto wajah anak kesayangan mereka di laman Instagram masing-masing.

Selain berkongsi beberapa foto buah hati mereka di Instagram, Zahirah Macwilson dan Aiman turut mendedahkan nama anak lelakinya iaitu Isaac Raees Bin Aiman Hakim.

Menerusi kapsyen yang ditulis, pasangan ini juga meluahkan rasa sayang dan cinta terhadap Isaac Raees selain berharap agar anak lelaki mereka itu menjadi insan yang baik dan penyayang.

Bukan itu sahaja, mereka juga berharap agar Isaac membesar dengan sihat dan kuat.

“Baby kami dan berusia 2 bulan hari ini. Kami sayang Isaac Raees. Semoga awak membesar dengan sihat, kuat dan sentiasa baik. Kami berbangga untuk panggil awak sebagai ‘milik kami’.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Teradahulu, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mengambil keputusan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka di Perth, Australia.

Zahirah atau Nur Zahirah MacWilson Zainol, 25, berkongsi foto dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aktres tersebut pada Oktober tahun lepas.

See you next year, Malaysia. We love you guys, terima kasih atas semua doa yang baik-baik. Insya-Allah bila kami pulang, akan bertiga,” katanya.

Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza kini menimang anak sulung mereka pada Januari lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Zahirah dan Aiman menerusi Instagram mereka dengan memaklumkan dia sudah selamat melahirkan bayi lelaki dan kini berada dalam keadaan baik.

“Ini adalah hadiah terbaik yang pernah kami terima.

“Alhamdulillah pada 5 Januari 2021, anak sulung kami, bayi lelaki selamat dilahirkan pada pukul 2.26 petang. ”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.