Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Bukan Lagi Lakonan, Elizabeth Tan Akhirnya Kahwin?

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan antara selebriti yang sering berkongsi perkembangan terbaru beliau di media sosial bersama pengikutnya.

penyanyi yang sangat sinonim dengan perwatakannya yang manja dan bersahaja ini lebih mesra panggilan nama Lizzy mempunyai ramai pengikut di akaun media sosialnya.

Sebelum ini tular gosip berkahwin

Terdahulu, Lizzy pernah muncul gosip dan spekulasi yang mengatakan penyanyi yang cukup berbakat ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, Lizzy sendiri juga pernah memuatnaik beberapa foto di Instagram memperlihatkan dirinya mengenakan busana pengantin berona putih sambil memegang sejambak bunga seakan sedang menanti untuk bergelar seorang isteri.

Walaubagaimanapun, Lizzy memaklumkan gimik mahu berkahwin tersebut hanyalah untuk mempromosikan lagu barunya yang berjudul BEKU.

Elizabeth Tan akhirnya tamatkan zaman bujang?

Terbaru, seorang pengguna Facebook, David Tan Suan Chew yang mengaku sebagai bapa kepada Elizabeth Tan telah memuatnaik satu foto yang mencuri tumpuan ramai.

Foto tersebut memaparkan anak perempuan bongsunya sedang berpegang tangan bersama seorang lelaki dengan berlatar belakangkan hiasan bunga-bunga seperti ‘pelamin’.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai apabila melihat Lizzy lengkap memakai busana pengantin berwarna putih sambil tersenyum ke arah lelaki yang berdiri dihadapannya.

Lizzy masih tidak memberikan sebarang kenyataan buat masa ini

Menerusi instagram, ada juga individu telah memuatnaik beberapa video dan foto sewaktu majlis perkahwinan itu berlangsung.

Walaupun begitu, sehingga kini tiada sebarang respon yang diterima daripada tuan badan sendiri.

 

Terdahulu, Elizabeth Tan mengakui dia sudah pun memasang angan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Bagaimanapun, impian tersebut hanya akan tercapai sekiranya dia mempunyai calon lelaki yang boleh dijadikan suami.

Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini memberitahu perkara berkenaan kepada Media sejurus selesai menjalani rakaman The Stage Media Hiburan di Shah Alam, menerusi lagu Polis Entry.

Menrutnya, tarikh tersebut dianggap cukup ‘cantik’ bagi dirinya, apatah lagi ia merupakan tarikh yang hanya datang sekali dalam hidup.

“Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya dapat capai target nak langsung pada date tu.

“Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan rasanya pasti ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula, ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan,” kongsinya lagi.

Ditanya sama ada pada fasa sekarang dia sudah pun mempunyai calon kekasih, pelakon filem seram, Misteri Delaila di samping Zul Ariffin ini mengakui sehingga kini dia masih solo.

“Tak ada kekasih lagi. Saya jarang keluar rumah. Jadi usaha untuk dapatkan teman lelaki itu agak sukar. Bayangkan sampai saya terfikir untuk mempunyai aplikasi mencari teman di media sosial,” selorohnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.