Setiap pasangan yang menyulam cinta pastinya mahu ikatan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin.
Namun, sehebat mana kita mampu merancang, tiada siapa mampu melawan takdir yang tertulis.
Ramai diantara kita yang menjalin hubungan akhirnya kecundang dan berakhir dengan perpisahan.
Bekas pasangan kembali mengikuti perkembangan suami
Lazimnya, selepas berpisah masing-masing akan membawa haluan sendiri dan tidak berhubung antara satu sama lain.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan ada segelintir yang kembali mencari bekas pasangan mereka walaupun masing-masing telah menemui pengganti.
Dek kerana kemodenan teknologi masa kini, pelbagai maklumat boleh ditemui menerusi media sosial untuk mengetahui perkembangan terbaru bekas pasangan masing-masing.
Rimas dengan bekas kekasih suami
Begitulah juga dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Putri Shanis ini.
Menerusi satu posting video yang dimuat naik di aplikasi TikTok di akuannya, beliau meluahkan perasaan rimas dengan bekas teman wanita suaminya.
Masih lihat perkembangan mereka di media sosial
Wanita ini yang bakal bergelar ibu merasa rimas dengan kelakuan bekas teman wanitanya yang terus memerhatikan mereka menerusi media sosial.
Beliau yang bahagia dengan suami dan anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi memberitahu bekas teman wanita suaminya seakan belum lagi move on.
Bakal melahirkan cahaya mata sulung
Putri Shanis turut mengakui berasa bertuah bertemu jodoh dengan suaminya yang cukup memahaminya.
Malah pasangan ini turut dikurniakan rezeki yang tidak terhingga apabila wanita ini disahkan hamil cahaya mata sulung hanya selepas 2 bulan bernikah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kecantikan mak buyung ini walaupun sekarang sedang sarat mengandung.
350, 000 tontonan setakat ini
Mereka turut saling bertukar pendapat dan pengalaman yang pernah dilalui menerusi ruangan komen.
Perkongsian video tersebut telah meraih hampir 350,000 tontonan setelah dimuat naik di aplikasi TikTok milik wanita berkenaan.