Pengalaman yang dihadapi sepasang suami isteri mengenai kehadiran seorang kanak-kanak perempuan pada awal pagi telah tular di laman sosial.
Alangkah terkejut pasangan ini apabila berdepan situasi itu dan turut menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang niat sebenar kanak-kanak perempuan itu.
Umpan atau susuk kecil ini benar memerlukan bantuan
Adakah si kecil itu benar-benar memerlukan bantuan atau dijadikan umpan oleh penjenayah bagi memerangkap keluarga ini.
Apabila melihat susuk tubuh kecil anak ini pada awalnya mereka tidak mengesyaki apa-apa dan mahu menghulurkan sedikit wang untuk membantu.
Seperti ada yang tidak kena dan halang suami keluar
Akan tetapi firasat isterinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena, lalu dia menghalang suaminya dari keluar rumah.
Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran dan layak dipertikaikan kerana taktik yang digunakan mempunyai risiko tersendiri dan bakal menjerat mangsa yang telah diperhatikan.
Seakan sama seperti taktik membuka pili
Apa yang dilihat, ia seakan lebih kurang seperti pili utama ditutup menyebabkan penghuni rumah perlu keluar untuk membuka pili itu semula.
Ketika penghuni sedang membetulkan pili pada masa yang sama penjenayah akan datang menyerbu melakukan onar.
Taktik penjenayah atau kanak-kanak itu terdesak
Pengalaman tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang bernama Aja Jaja berkongsi mengenai kejadian yang menimpa dirinya.
“Jam 1.30 pagi tadi, dalam keadaan hujan lebat dan gelap. Sayup sayup dengar budak bagi salam”.
Pukul 1.30 pagi ada orang bagi salam
“Assalamualaikum. Masa tu semua dah lena di ulit mimpi dah. Tiba2 dengar orang bagi salam.”
“Pada mulanya memang tak layan.. Tapi sebab dah terlalu lama.. Bangun lah cepat2 jawab salam.”
Seorang budak perempuan depan rumah
“Dalam Hati ke dah lewat bangun pagi ni. Mesti kelam kabut nak pergi kerja dan anak2 nak sekolah. Kejut Abam Bomba cakap ada org kat depan bagi salam.”
“Dalam mamai-mamai tengok jam baru 01.30am. Seorang budak perempuan dalam linkungan umur 12-13 tahun kat depan rumah.”
Siap goncang pagar, mintak duit belanja adik nak sekolah
“Siap goncang pagar lagi. Dalam hujan lebat. Bercakap pun terpaksa jerit2. Minta tolong sikit katanya.”
“Nak minta duit belanja, Adik nak sekolah. Kami tanya.. Datang dengan siapa.”
Datang dengan mak tapi mak tunggu dalam kereta
“Dia jawab dengan mak. Mak ada tapi tunggu dalam kereta. Ni datang nak minta tolong. Nak duit sikit untuk adik nak sekolah.”
“Abang Bomba yang dengar macam tu. Terus ambik Kunci rumah dan duit nak bagi pada dia.”
Hati rasa tak sedap
“Tapi saya, HATI rasa tak sedap. Terus pegang tangan abam bomba dan tahan dia dari keluar.”
“Abang, cuba fikir. Kalau ya pun susah tak kan datang jam 1.30 pagi. Dalam keadaan hujan lebat dan gelap lagi.”
Susah tapi datang naik kereta dan mak tak turun sekali
“Kalau dia susah tak kan bole naik kereta. Dia cakap datang dengan mak dia. Habis kenapa mak dia x turun sekali.”
“Kenapa mak dia tunggu dalam kereta je. Dan kenapa kereta dia tak parking betul2 depan rumah kita.”
Saya suruh budak tunggu dalam kereta dan hubungi polis
“Abang bomba diam dan batalkan niat. Cuma dia cakap kesian tengok budak tu. Tapi saya tetap halang. Jangan keluar rumah. Takut jadi lain.”
“Saya suruh budak tu tunggu dalam kereta dan akan hubungi polis untuk bagi bantuan pada dia. Dia tetap cakap nak duit untuk adik nak sekolah.”
Pelik pagi buta datang mintak bantuan
“Last, saya cakap. Kalau tak pergi juga saya akan CALL POLIS. pelik pagi bute datang rumah orang minta bantuan.”
“Abang bomba sekali lagi nak keluar.. Nak tolong dia dan hanya nak bagi duit je.. Lepas tu nak masuk balik.”
Saya risau ada geng dah standby nak serbu
“Aduh Abam Bomba. Saya cakap. Abang, sebenarnya banyak kes jenayah macam ni.”
Bila orang jawab salam.”
“Kita dah keluar rumah.Pintu dah buka. Adalah datang geng yg dah standby dalam kereta serbu kita. Masa tu apa kita nak buat.”
Suruh budak tunggu dalam kereta sementara polis datang
“Nak minta tolong memang tak sempat dah. Jerit minta tolong pun orang tak dengar. Jadi baik jangan ambik risiko.”
“Lepas suruh budak tu tunggu dalam kereta sebab nak call polis terus dia pergi.”
Polis cakap kami ambil tindakan yang betul
“Call 999, polis cakap kami ambik tindakan yang betul. Tak keluar rumah dan tunggu pihak polis datang untuk buat rondaan.”
“Allah, Hanya dia maha mengetahui segalanya. Terima kasiih juga mak cik Saadiah Mat Nor tolong tengok cctv taman kita.”
“Lebih kurang 2.30am polis dari Balai Polis Daerah Kauantan Call dan datang meronda.”
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati berdepan dengan situasi yang menjerat kita tanpa kita sedar.