Connect with us

Selebriti

“Ko dahaga perhatian ke?” Hatta Dolmat Dipanggil ‘Lalang’ Sebab Tak Setuju Tokti Penyanyi No 1

Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat baru-baru ini dikecaam hebat netizen di Twitter selepas dia dikatakan bersikap ‘lalang’ kerana membandingkan Yuna dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti.

Perkara tersebut bermula dengan tweet dimuat naik oleh Hatta sendiri menunjukkan wajah Yuna terpapar di tengah bandar raya New York dan kemudian tidak mengakui bahawa Tokti adalah penyanyi nombor satu negara.

“Yuna terpampang di Billboard Times Square, New York. Sementara ramai rakyat Malaysia di sini kata penyanyi nombor satu negara ialah…”

“Saya rasa penyanyi nombor satu bukan dia.. tapi (emoji mengantuk).”

Ramai warga Twitter yang ‘menghantam’ Hatta selepas memuat naik posting sebegitu malah ada yang turut ‘gali’ Instagram pereka fesyen berusia 39 tahun itu dan mendapati dia ada mengucapkan selamat hari lahir buat Tokti.

Malaj, bukan itu saja, melalui posting itu Hatta turut mendoakan agar Tokti terus kekal sebagai penyanyi nombor 1 tanah air.

“Happy Birthday. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kebahagiaan dan semoga kekal unggul sebagai penyanyi no 1 negara.”

Hatta dipercayai memuat naik tweet tersebut susulan isu majlis tahnik anak kedua Tokti yang baru-baru ini menerima kecamman daripada ramai netizen kerana didakwa melanggar SOP.

Tokti kemudian terus dikecaam apabila beliau memuat naik status sindiran dalam instastory yang mengatakan beliau bersyukur dapat kumpul pahala kerana dikecaam netizen. Menerusi laporan Kosmo, seorang netizen berkata,

“Masa dirimu tengah harum, semua pakat kerumun, himpit. Tumpang selagi boleh. Ketika dirimu dihimpit isu, dikecaam dikeji, masing-masing dah tunjuk perangai sebenar.”

“Ketahuilah wahai Siti Nurhaliza bahawa dirimu selama ini dikelilingi manusia-manusia hipokrit. Kenalpasti dan ‘mark’ seorang-seorang.”

Sebelum ini, Hatta pernah memuat naik status instagram memberi ucapan ulang tahun kepada Siti dan turut mengakui pelantun lagu Cindai itu sebagai penyanyi nombor satu tanah air.

Baru-baru ini, Siti dihambat kontroversi apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuk larangan rentas negeri membabitkan salah seorang tetamu seperti yang tular dalam media sosial pada majlis tahnik sempena kelahiran anak kedua, Muhammad Afwa.

Biarpun sudah menafikan berlaku sebarang aktiviti rentas negeri, Siti terus dikecamm apabila bertindak memuat naik status sindiran dalam Insta Story yang mengatakan beliau bersyukur kerana berpeluang mengumpul pahala kerana dikeccam netizen susulan penganjuran majlis terbabit.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.