Hasrat empat beradik beraya bersama ibu mereka tidak kesampaian apabila wanita kesayangan itu meninggal dunia selepas 26 hari koma dipercayai akibat mengalami pendarahhan dalam kepala.
Ibu mereka, Siti Khodijah Ab Manaf, 32, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2.50 pagi tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), dan jenazahnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
Mangsa sebelum ini didakwa sering didera oleh suaminya sepanjang tempoh lapan tahun perkahwinan mereka.
Wanita terbabit meninggalkan empat orang anak yang masih kecil iaitu, Nur Alyaa Nadrah Qaisara Ab Salam, 8; Abdul Raqiz, 5; Abdul Wafiy, 4; dan Irfan Arshad, 2, yang kini dijaga oleh nenek mereka, Rokiah Bahari, 68.
Ibu saudara mereka, Hafizah Ibrahim, 41, berkata, arwah yang juga anak keempat daripada lima beradik tiba-tiba pengsan pada pukul 4 pagi, 18 April lalu ketika hendak membancuh susu anaknya.
Hafizah berkata, sejak dirawat di HSAH, arwah tidak sedarkan diri dan cuma dua hari lalu, dia menunjukkan perubahan apabila menggerakkan jari dan tangan kirinya.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Natipah Abu menceritakan bagaimana kejadian itu bermula hinggalah saat Siti Khodijah menghembuskan nafas terakhir.
Berikut adalah perkongsian beliau.
Setelah koma sejak hari pertama dikejarkan ke wad kecemasan 26 hari yang lalu, maka jam 2 . 50 pagi td .. Puan Siti Khodijah pun pergi buat selama-lamanya.
Pemeriksaan doktor mendapati banyak masalah kesihatan tiba-tiba dikesan pada arwah.
Buat pengetahuan, anak-anak arwah semuanya sedang demam. Mungkin kerana telalu rindukan si ibu.
Bahkan si kakak sulung yang berusia 7 tahun telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Sg Petani, jam 9. 30 malam semalam kerana demam terlalu panas.
Walaupun berada di bawah satu bumbung dengan tempat ibu sedang bertarung nyawa, dia tetap tidak berupaya melepaskan rindu kepada si ibu, menatap wajah ibu walau seketika.
Biarlah wajah ibu ketika sihat saja kekal dalam ingatan anak-anak. Di bawah, kita selitkan kembali sorotan kisah arwah pada 5 Feb yang mana telah mengisi slot Sedekah Jumaat kita bg tujuan modal membuka kedai di kampung.
Dengan modal yang kita sumbangkan, kedai itu telah beroperasi dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ramadhan, kedai ditutup, arwah mengambil upah membuat kuih utk tahfiz berhampiran sebelum tiba-tiba koma pada 19 April lalu.
Setiap pasangan yang berkahwin mengharapkan perkahwinan itu biarlah sampai ke anak cucu.
Malangnya tak semua harapan itu menjadi nyata. Ada yang dibantai badai bertahun lamanya dan ada pula yang hancur berderai dalam sekelip mata.
Siti dan X berkahwin atas dasar cinta sejak 8 tahun lalu namun saat indah hidup berumahtangga hanya sempat dikecapi selama dua tahun sahaja sebelum akhirnya suami mula berubah sikap menjadi panas baran dan kakipukul.
Keadaan bertambah buruk bila X terlibat dengan penyalahgunaan daddah. Tubuh badan Siti selalu menjadi habuan sepak terajangnya atas alasan yang kecil. Di ranjang, dia juga diperlakukan sesuka hati termasuk dipukkul.
Setiap kali itu terjadi, anak-anak hanya mampu menangis kerana ketakutan. Bahkan X membeli sebatang rotan semata-mata digunakan untuk membelasah anak dan isteri .
Bukan hanya tubuh Puan Siti sahaja yang berbirat, anak-anak yang baru berusia 7, 4 dan 3 tahun pun turut mengalami nasib yang sama. Hanya sibongsu saja yang tidak pernah disentuhnya.
Kalau orang lain, mungkin hanya memukul isteri tetapi anak-anak tidak disentuh sama sekali tetapi bagi kes Siti, anak-anak juga turut bermandikan air mata meratapi kesakitan yang meratah tubuh.
Berkongsi pengalaman, anak sulung Puan Siti mengakui tidak dapat melupakan bagaimana dia dan ibunya teruk dibelasah hanya atas kesalahan menggunting rambutnya.
Ibu yang cuba membelanya pun, turut ditendang hingga terperosok ke dinding.
Mencungkil isi hati anak kecil itu, ternyata tiada lagi tempat buat lelaki yang bernama ayah di dalam kamus hatinya.
Istilah rindu terhadap ayah yang sudah enam bulan hilang dari pandangan itu juga tidak pernah wujud sama sekali.
Aneh, bagaimana dan mengapa Puan Siti masih terus bertahan sedangkan dia sudah bertahun didera suami.
“Saya tak kerja, anak saya semuanya kecil lagi. Kalau saya bercerai, anak saya nak makan apa. Mak saya pun orang susah .. ayah saya pun dah tak ada …. “
Kemuncaknya, dua tahun yang lalu, ketika sarat hamil anak bongsu, dia dipukkul dan ditendang di tengah belakang hanya kerana meninggalkan anak-anak di rumah ibunya untuk klinik ibu mengandung.
Selepas insiden itu, suami keluar bekerja dan bermalam di tempat kerja. Tinggallah dia menangis menanggung kesakitan. Sakit dipukkul, sakit lagi hati yang menanggung segala derita.
Menjelang subuh, dia yang di dalam keadaan tertekan itu akhirnya sakit dan melahirkan anak ke empat sendirian di bilik air setelah X tidak menjawab panggilan telefonnya.
40 minit dia bergelut bertarung nyawa sebelum ahli keluarga terdekat tiba dan memberikan bantuan. Dia mengesot keluar dari bilik air dalam keadaan berlumuran darrah sambil mengendong bayinya. Mujurlah urinya berjaya dikeluarkan.
X dibuang kerja hanya beberapa bulan setelah dia bersalin kerana masalah daddah. Sejak itu, keadaan X kian celaru. Selain terpaksa menadah tubuh sebagai habuan dipukkul, mereka anak beranak kadang-kadang terpaksa mengikat perut.
Namun Siti tetap ingin mempertahankan rumah-tangganya sehinggalah enam bulan yang lalu, dia tidak dapat menyembunyikan lagi keadaannya dari kaum keluarga, setelah berbirat seluruh tubuh dan lebam seluruh wajah dibelasah suami.
“Makkk … bagitaulah polis suruh tangkap ayah. Nanti kita semua mati ayah pukkul … “.
Kata-kata anak sulung yang baru 6 tahun ketika itu membuat dia tersentak lalu akhirnya nekad tampil ke balai polis membuat laporan.
Susulan itu X ditahan. Khabarnya … setelah bebas dari tahanan, X pulang ke kampung halamannya.
Sejak itu .. terputuslah hubungannya dengan X. Tiada sebarang nafkah dititipkan buat anak-anak bahkan tiada lagi khabar berita dari X . Siti pulang ke kampung dan tinggal bersama ibu.
Prihatin dengan nasibnya, kita mencadangkan dia membuka sebuah “ kedai kotak “ yang menjual makanan ringan dan makan petang kerana kawasan rumah kampung itu terletak di tepi jalan yang berkepadatan penduduk.
Semoga dengan itu dapatlah Siti mencari nafkah membesarkan anak-anaknya.