Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Ada Benda Berwarna Coklat Keluar, Aurel Hermansyah Kongsi Detik Alami Keguguran

Pasangan selebriti Atta Halilintar berkongsi berita duka apabila isteri kesayangan iaitu Aurel Hermansyah mengalamai keguguran.

Berita sedih itu diumumkan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto USG janin yang dikandung Aurel.

Disahkan hamil selepas sebulan mendirikan rumah tangga

Terdahulu, Atta Halilintar sempat berkongsi berita gembira apabila isterinya disahkan hamil setelah sebulan mendirikan rumah tangga.

Malah, Atta juga telah meluahkan rasa syukur kerana tidak lama lagi, dia bakal bergelar bapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)

Berita gembira itu bertukar menjadi berita sedih

Tidak dapat dinafikan, pasangan selebriti ini tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Namun begitu, siapa sangka belum sempat merasai kegembiraan tersebut, Aurel disahkan mengalami keguguran.

Redha dengan pemergian anak tercinta 

Sementara itu, menerusi perkongsian duka di Instagram dan Youtube, Atta dan Aurel meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak tercinta.

Akan tetapi pasangan ini turut mengakui redha dengan takdir yang telah tertulis untuk mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)

Janin kandungan Aurel sangat kecil berbanding saiz normal

Difahamkan, tumbesaran janin yang berada dalam kandungan Aurel juga sangat kecil berbanding dengan saiz janin normal.

Bermula dari situ, pasangan ini mula sedar bahawa kandungan Aurel tertanya mempunyai masalah.

Doktor beritahu sama alami keguguran

“Saya balik ke rumah, selepas itu saya mengalami pendarahan yang banyak. Sekitar jam 11 malam, perut saya sakit sangat.”

“Sakit tu macam ada benda warna coklat yang keluar. Lepas itu baru jumpa doktor, doktor beritahu saya mengalami keguguran.”

Dinasihatkan untuk bedrest

Menerusi laporan yang dipetik dari Tribunnews, anak perempuan kepada pasangan Krisdayanti dan Hermansyah iaitu Aurel dipercayai mengalami pendarahan dan janinnya juga tidak kuat sehingga dia dinasihatkan untuk ‘bedrest’.

Doakan isteriku

“Doakan istriku harus bed rest total dan tida boleh sering2 berdiri. Lanjut bed rest dirumah setelah ngidam 4 hari istirahat di hotel.”

“Dan baiknya istriku istirahat sosmed dulu ya, maaf ya banyak cancel pertemuan dan kerjaan, Semoga istriku ga nakal begadang wara wiri terus ya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)

Salam takziah kepada pasangan ini, semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi ujian ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.