Connect with us

Viral

[VIDEO] Aisyah ‘Pergi’ Masa Tidur, Hanya Sempat 3 Bulan Dengan Mama

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah gambaran situasi yang dialami keluarga ini apabila bayi mereka disahkan meninggal dunia secara mengejut.

Apa yang lebih meruntum jiwa apabila kejadian tersebut berlaku ketika umat Islam bakal menyambut kedatangan Syawal empat hari sahaja lagi dan pastinya persiapan raya telah dilakukan oleh keluarga ini.

Gaun kecil warna biru sedondon satu keluarga

Menerusi beberapa posting yang dikongsikan oleh Puan Siti Noor Laila, gambar raya keluarga ini turut meruntum jiwa.

Dalam gambar raya yang dimuat naik, ibu ini sempat memegang sepasang gaun comel berwarna biru sedondon yang pastinya milik arwah yang telah dibeli untuk dipakai semasa Hari Raya.

Adik Siti Nur Aisyah pergi ketika tidur

Memetik laporan Pa&Ma, anak yang membesar sihat dan aktif di depan mata pergi selamanya apabila hanya mengalami selesama beberapa hari sebelum dan kembali sihat telah pergi ketika tidur.

Berkongsi kisah sedih itu, Puan Siti Noor Laila masih lagi bersedih hingga ke hari ini dengan pemergian anak syurga beliau yang bernama Siti Nur Aisyah.

Dua kakak arwah Siti Nur Aisyah turut menanggung rindu 

Bukan sahaja ibu yang menanggung rindu kepada bayi comel ini, malah dua kakaknya turut merindui adik mereka itu.

Difahamkan, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, arwah mengalami selesema selama 2, 3 hari.

Hanya 3 bulan sempat bermanja

Walaubagaimanapun, selepas beberapa hari mengalami selesema arwah kembali sihat seperti sediakala.

Namun begitu, takdir Allah, bayi Aishah sempat bermanja dengan keluarganya dan melihat dunia 3 bulan sahaja selepas kelahirannya.

Aishah nampak macam lain hari terakhir 

“Pada 8/5/2021, Aisyah memang nampak macam lain dah hari terakhir tu, sebab bila saya suakan susu dekat Aisyah, Aisyah menolak tak nak susu.”

“Tapi saya tak adalah fikir yang bukan-bukan. Aisyah pun anak yang paling senang saya jaga.”

Pada pukul 11 pagi, Aisyah okay je macam biasa

“Dalam pukul 11 pagi macam tu, kami sekeluarga pergi rumah kedua sebab nak mengecat dan cuci rumah. Aisyah okay je macam biasa.”

“Saya pun kurang bermain dengan Aisyah masa tu sebab sibuk tolong suami. Sesekali saya tengok-tengok juga Aisyah.”

“Dah selesai semua, dalam pukul 5 macam tu, sebelum kami balik rumah sewa, kami pergi ke pekan sekejap belikan kek hari jadi anak sulung saya, lepas tu terus balik rumah.”

Aisyah buang air besar dalam kuantiti yang banyak

“Sampai rumah, saya letak Aisyah dalam buai sebab macam nak tidur, saya terus ke dapur nak masak lauk berbuka.”

“Masa tengah masak tu, Aisyah meragam dalam buai, suami datang angkat Aisyah lepas tu suami bawa jalan-jalan depan rumah, saya teruskan memasak.”

“Dah siap masak, suami datang bagitahu Aisyah buang air besar dalam kuantiti yang banyak sampai terkena baju suami.”

Saya letak dalam buai dan Aisyah tidur lena

“Saya ambil Aisyah dan saya mandi dan susukan Aisyah. Lepas tu Aisyah tidur, saya letak dalam buai semula sebab masa tu dah nak berbuka.”

“Aisyah tidur lena, sesekali saya jenguk-jenguk Aisyah dalam buai, sebab malam tu tengah potong-potong kek dengan anak sulung, kedua dan suami saya.”

“Dalam pukul 10 lebih macam tu sebelum saya nak tidur, memang rutin saya akan angkat Aisyah letak atas katil, bedung dan lepas tu susukan Aisyah.”

Sebelum lelap mata saya cium dan peluk, Aisyah masih ada

“Waktu tu Aisyah masih ada lagi. Aisyah memang tidur sebelah saya. Lepas susu, Aisyah tidur macam biasa, saya tak tidur lagi. Saya baring-baring sambil main HP.”

“Nak dekat pukul 12, sebelum saya lelapkan mata, saya cium-cium dan peluk Aisyah. Waktu tu Aisyah masih bernyawa lagi.”


Pukul 7 pagi, saya angkat Aisyah macam tak bernyawa

“Terus saya tertidur sampai saya tak sedar dah terlajak sahur, dalam pukul 6 saya kejut suami bagitahu dah terlajak sahur, suami cakap tak apa.”

“Dekat pukul 7 pagi, saya off semua suis lampu dan aircond, waktu saya tengok Aisyah atas katil, saya angkat Aisyah tapi dia macam tak bernyawa, nampak lain.”

Keluar darah dari hidung Aisyah

“Saya buka bedung Aisyah, tak ada respon, saya suruh suami tengok, suami tepuk-tepuk belakang arwah keluar darah dari hidung.”

“Pada 9/5/2021, jam 7 pagi lebih tu kami sekeluarga terus bawa Aisyah ke emergency Hospital Angkatan Tentera.”

Bagai nak gugur jantung bila ooktor sahkan Aisyah dah tiada

“Sejam lepas tu doktor sahkan Aisyah memang dah meninggal, bagai nak gugur jantung saya.”

“Anak yang saya kandungkan 9 bulan, hanya dapat hidup dengan saya selama 3bulan 4hari sahaja.”

“Doktor bagitahu baby bawah 5 tahun kena buat postmortem, memang undang-undang macam tu.”

Hasil postmortem, doktor tak dapat sahkan punca kematian

“Dengan berat hati, saya dan suami terpaksa akur. Tunggu polis sampai, polis bawa Aisyah ke Hospital Alor Gajah Melaka untuk buat potmortem.”

“Mula dalam pukul 1, alhamdulilah pukul 3 lebih macam tu selesai postmortem.”

“Doktor nak jumpa saya dan suami untuk bagitahu hasil postmortem, doktor dah buat postmortem dan doktor tak dapat sahkan apa punca kematian arwah.”

Doktor sahkan Aisyah bukan terhempap atau tersedak susu

“Doktor bagitahu Aisyah meninggal bukan sebab terhempap atau tersedak susu.”

“Tapi doktor suspek jangkitan kuman pada paru-paru,saluran injap ke jantung Aisyah bengkak, tak normal untuk baby 3bulan.”

Kami diminta 2 bulan untuk tunggu result postmortem

“Tapi itu pun doktor tak boleh nak sahkan juga. Kami diminta tunggu 2bulan untuk tunggu result postmortem keluar.”

“Selesai jumpa doktor, dalam pukul 4 lebih kami bawa jenazah Aisyah ke masjid untuk dimandi dan disembahyangkan.”

Aisyah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Tinggi

“Dalam pukul 6 lebih, Aisyah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Tinggi, Tanjung Bidara, Melaka. Al Fatihah untuk anak syurga mama, (5 Februari – 9 Mei 2021).”

@nazrilailaSiti Nur Aisyah♬ Adakah Ini Mimpi – Chorus – Reedzwann

Salam takziah buat keluarga adik arwah Siti Nur Aisyah. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan ini.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.