Setiap pasangan yang menyulam cinta pasti mahu ikatan yang dibina berakhir di jinjang pelamin.
Detik diijabkabul dengan pilihan hati pastinya momen indah yang dinantikan oleh setiap pasangan setelah berbulan membuat persiapan untuk hari bahagia yang dinanti.
Tatkala sah menjadi suami isteri, kebahagian disatukan dengan insan tersayang pastinya jelas terpancar di raut wajah kedua mempelai ini.
Perkahwinan kami baru 11 hari
Mereka yang berumah tangga pastinya ini hubungan yang dibina berkekalan hingga hari tua dan hanya ajal yang memisahkan mereka.
Namun begitu, sebagai manusia kita hanya mampu merancang, jodoh, ajal dan pertemuan merupakan takdir yang telah ditetapkan buat kita semua.
Begitu juga dengan kisah seorang wanita ini masih dipanggil pengantin baru ini apabila suami yang baru sahaja dinikahi telah pergi selamanya.
Salam terakhir suamiku
Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Miss Qishz di aplikasi TikToknya, dia berkongsi mengenai ujian yang dihadapi olehnya iaitu kehilangan suami tercinta.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. hanya orang yang pernah mengalami ujian seberat ini mengetahui betapa peritnya kehilangan pasangan tersayang buat selama-lamanya.
Suaminya tidak menunjukkan sebarang tanda
Wanita berkenaan telah diuji dengan pemergian suami tersayang pada tanggal 29 Mei lalu akibat serangaan jantung iaitu hanya 11 hari selepas mereka disatukan.
Walaupunbagaimanapun, dia memberitahu bahawa arwah suaminya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan malah kelihatan ceria serta gembira sahaja.
Menerusi ruang komen, ada antara pengguna Tiktok memberitahu wajah arwah kelihatan berbeza semasa majlis kahwin.
Video tersebut raih hampir 700,00 tontonan setakat ini
Perkongsian video wanita ini sehingga kini video tersebut telah meraih hampir 700,000 tontonan di aplikasi Tiktok
Sebelum ini, wanita berkenaan pernah memuat naik video persiapan hari pernikahan mereka kerana teruja mereka bakal disatukan tidak lama lagi.
Salam takziah kepada keluarga
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini.
Mereka turut mengucapkan takziah atas kehilangan suami tercinta dan menitipkan semangat kepada wanita ini.
Video tular di laman Tiktok
Salam takziah kepada keluarga, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menjalani dugaan ini.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!