Connect with us

Selebriti

Tahniah, Double Celebration! Lisa Surihani Bersalin Baby Boy Pada Hari Jadi Ke-48 Yusry

Double celebration! Serentak pada sambutan hari jadi ke-48 Datuk Yusry Abdul Halim, isterinya yang juga pelakon Lisa Surihani telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka.

Khabar gembira itu diumumkan Yusry sendiri menerusi hantaran di Instagramnya pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulisnya.

Terdahulu, Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani hamil anak ketiga.

Bagaimanapun, anggota kumpulan trio KRU itu enggan mendedahkan berapa bulan kandungan isterinya.

Secara kebetulan, Yusry memuat naik gambarnya bersama Lisa sempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka, semalam.

Namun begitu, ramai pengikut mempersoalkan bentuk badan Lisa kelihatan seperti berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

“Ada mata tajam memandang, seolah-olah dapat menebak Lisa berbadan dua. Gambar dimuat naik mengundang spekulasi, tetapi tidak mengapa, ia perkara baik, lambat laun orang akan tahu juga.

“Alhamdulillah, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne akan dapat adik, tidak lama lagi. Saya harap peminat dapat mendoakan terbaik untuk Lisa,” katanya.

Yusry turut memuat naik gambar potret berupa abjad mewakili dua anaknya, hari ini. Ia juga bagaikan menjawab persoalan isterinya sedang hamil anak ketiga.

“Ikutkan berita gembira ini hanya dikongsi sesama ahli keluarga sahaja. Kami juga tidak terbuka berkongsi berita kehamilan selama ini.

“Namun, kami juga tidak boleh mementingkan diri dalam soal ini. Ada pasangan ditakdirkan lambat beroleh cahaya mata, kami juga pernah melalui fasa berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap mendapat cahaya mata, insya-Allah,” kata Yusry.

Sementara itu, Lisa memanjat kesyukuran kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamil.

“Semoga Allah dipermudahkan segala-galanya. Insya-Allah,” kata Lisa.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua sepasang cahaya mata, Yahaira dan Yusof.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.