Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri Najib Razak mempersoalkan mengapa kuih pau dikenakan SST. Ramai yang memberi respons bahawa caj cukai 6% sudah dikenakan sejak zaman GST lagi.
Hari ini Najib sekali lagi menduga kesabaran Lim Guan Eng dengan soalan panas dari beliau. Katanya dahulu Lim Guan Eng beriya-iya mengatakan cukai GST dikenakan pada semua peringkat dan SST hanya pada pengilang sahaja.
Foto: IDN Times
“Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna. Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6% pula?”
Najib juga mempersoalkan, jika sistem GST dan SST adalah sama, mengapa ianya perlu ditukar dan harga barang masih tidak turun.
“Persoalan saya: jika sama, kenapa nak tukar sistem cukai sedangkan apabila GST dimansuhkan, harga barang tidak turun?”
Najib sekali lagi mempertahankan GST dimana semasa pelaksanaan GST terdapat banyak kebaikan yang diberikan olehnya seperti BR1M dan gaji penjawat awam dnaikkan.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10155582132025952/
Adakah anda bersetuju dengan persoalan yang diutarakan oleh Najib Razak?
Hadi Awang
September 11, 2018 at 8:07 pm
Sokong jibbb