Bukan mudah menerima pemergian orang tersayang terutama ketika kita masih kecil dan memerlukan kasih sayang dari ibu dan bapa.
Namun, siapa kita untuk menolak takdir yang telah tertulis olehNya, walaupun perit namun ianya perlu diterima dengan hati yang terbuka.
Tiada lagi kasih sayang, senyuman dan gelak tawa seorang bapa yang sebelum ini sentiasa menghiasi hari-hari anak-anak kecil ini.
Kisah tiga orang kanak-kanak ini baru sahaja kehilangan bapa
Walaupun masih kecil, mereka kelihatan begitu sedih dengan pemergian bapa tercinta sehingga tidak berhenti menangis walaupun sudah pulang dari tanah perkuburan.
Begitulah kisah yang mengundang sebak apabila dikongsi seorang pengguna laman TikTok dikenali sebagai Fiena.
Kisah sedih ini memaparkan tiga orang kanak-kanak yang baru sahaja kehilangan bapa mereka.
Adik bongsu tidak percaya bapanya sudah tiada
Menerusi dua buah video pendek yang dikongsi, dapat dilihat ketiga-tiga kanak-kanak ini yang menangis teresak-esak sambil memanggil arwah bapanya.
Apa yang lebih meruntun hati, apabila melihat kanak-kanak perempuan yang dipercayai anak bongsu seolah-olah tidak percaya bapanya sudah meninggal dunia.
Abah, abah, abah.
Jelas pemilik video ini lagi arwah adiknya sebelum ini, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 12 hari.
Ini berikutan pendarahan yang berlaku di bahagian kepala disebabkan tekanan darah tinggi sebelum pergi menghadap Sang Pencipta.
Ketiga adik beradik ini menangis tanpa henti
Ketiga-tiga beradik ini kelihatan menangis tanpa henti semasa menziarah puasa bapa tercinta mereka.
Apa yang menyentuh hati, jelas terpancar kesedihan di wajah mereka seakan terlalu rindu kepada bapa yang sentiasa ada bersama mereka sebelum ini.
BACA: [VIDEO] “Tak sempat nak susukan lagi..” Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Pelukan, Wanita Ini Luah Rasa Sayu
Adik bongsu ini tidak lekang menyebut perkataan abah
Wajah sugul yang masih bersisa air mata di wajah kecil ketiganya itu mampu membuat kita juga mengalirkan air mata melihat mereka.
Malah anak bongsu arwah juga yang masih kecil tidak lekang menyebut perkataan abah sejak dari tadi.
Panggilan sayu abah itu masih tidak bersahut
Mungkin dia masih belum putus asa memanggil perkataan abah dan berharap ia akan disahut oleh bapa tercinta.
Namun, panggilan sayu itu masih tidak bersahut. Kedua abangnya juga dilihat masih menyendiri menenangkan hati yang sayu dengan apa yang telah terjadi.
Semoga adik-adik ini kuat melalui hari-hari mendatang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat kanak-kanak ini yang kehilangan bapa mereka.
Mereka mendoakan agar adik-beradik ini kuat melalui hari-hari mendatang tanpa kasih sayang seorang bapa.
Salam takziah kepada keluarga, semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.