Connect with us

Selebriti

“Bonda selalu doa biar Bonda pergi dulu,” Ucapan Hari Bapa Dari Elyana Untuk Suami Buat Peminat Sayu

Penyanyi dan juga Pelakon Elyana atau nama sebenar beliau Erneelya Elyana Emrizal bukanlah nama asing dalam industri.

Beliau yang mula dikenali menerusi lagu Niat itu kemudiannya turut berkecimpung dalam lakonan dan turut membintangi drama Dunia Baru pada 2006.

Elyana jalani rawatan radioterapi

Seperti yang diketahui umum, Elyana sedang menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari di sebuah hospital swasta di Selangor.

Menurut Elyana, rawatan tersebut telah disarankan oleh doktor yang merawatnya memandangkan keadaannya pada masa ini berada di tahap yang lemah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Elyana muat naik posting khas buat suami 

Sempena Hari Bapa hari ini, Elyana sempat memuat naik sebuah posting ‘khas’ buat suaminya iaitu Khairul Hussin.

“Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda,Cinta and Cahaya sayang sangat dekat ayah.”

Semua ayah boleh buat

“Kalau ayah tak ada, kita orang tak best. Mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero.

“Semua ayah boleh buat, kecuali pasang-pasang kabinet, katil dan apa sahaja yang ada skru tu memang ayah tak pandai.”

Biar bonda pergi dulu dari ayah

“Nasib baik bonda power part tu. Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup dan tak best kalau tak ada awak.”

Menurut Elyana, kehidupannya dengan anak-anak tidak akan lengkap sekiranya Khairul tiada di sisi mereka.

Suami sanggup menemaninya setiap kali ke hospital

Jelas Elyana, sepanjang mendirikan rumah tangga dengan Khairul, semua perkara suaminya mampu lakukan.

Lebih tersentuh, Khairul sanggup menemaninya di hospital setiap kali menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi di hospital.

Tambah Elyana, suaminya seorang yang penyabar dan sentiasa menceriakan hari-harinya dan anak-anak.

Sehingga satu tahap, Elyana berdoa agar Allah mengambil nyawanya terlebih dahulu berbanding suaminya.

Dedah hidap kanser

Terdahulu, Elyana mendedahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza keempat (GV4), pada tahun 2017.

Elyana memberitahu dia disahkan menghidap kanser tahap kedua sejurus selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.

BACA: [VIDEO] Nyanyikan Lagu ‘Sampai Menutup Mata’ Untuk Cinta, Elyana Buat Ramai Sebak

“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

“Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya.

Tak tidur malam

Elyana turut berkongsi di mana dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.

Malah, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.

“Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari,” kata Elyana.

Berada dalam keadaan lemah

Dia turut memberitahu, kehilangannya dalam radar dunia seni kerana menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.

“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

“Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” katanya.

BACA: “Saya mahu menghargai saat-saat ini dengan rasa seronok” Perkembangan Terbaru Elyana

Semoga penyanyi kesayangan ramai ini terus sembuh dan sihat seperti sediakala. Moga Elyana terus kuat melawan penyakit yang dihidapi dan diberikan kesembuhan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.