Connect with us

Selebriti

“Kenapa kurus sangat ni?” Hafiz Suip Mohon Maaf & Pesan Tentang Kematian

Penyanyi popular, Hafiz Suip hari ini telah menarik perhatian para pengikutnya di laman Instagram apabila memuat naik foto hitam putih.

Menerusi perkongsian tersebut, Hafiz sempat memohon maaf kepada semua dan meninggalkan pesanan tentang kematian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

Rupa fizikalnya yang terlihat agak kurus dan yang semakin susut itu membuatkan para pengikutnya tertanya-tanya tentang keadaan dirinya.

Didalam muatnaik tersebut, Hafiz memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azab Allah serta kematian.

“Assalamualaikum wbt nama saya Mohd Hafiz Bin Mohd Suip well known as hafiz suip in this world (bukan semua kenal pun) but hafiz suip really sorry for what he had done to you gaiss.

“If let say kecik hati, tersalah cakap, dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng.. tapi hakikat nya saya takut Azab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan di hisab..

“Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5min ja..

“Ada masalah 2 rakaat mintak ngan Allah itu ja…jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…

“Sebab yang menggerakkan kita Dia jugak.. InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi..

“Nama DR SAM tu sempoiiii rindu saya orang nya.. “Dua Rakaat Settle All Masaalah” izinkan saya tuan guna tagline.”

Rata-rata para peminat Hafiz yang risaukan keadaannya itu meninggalkan komen dengan mendoakannya.

Malah, ramai juga yang bertanyakan kesihatannya itu.

“Kenapa kurus sangat ni?” demikian soalan yang ditulis kebanyakan peminat menerusi ruangan komen Instagram Hafiz.

“Awak budak baik..msti ramai org doakan awk..moga awk dan family dilindungi & diberkati Allah swt,” tulis salah seorang peminat Hafiz.

Terdahulu, pada 2019 Hafiz menerusi laporan Harian Metro menegaskan, dia tidak sakit atau terkena buatan orang.

“Saya tak sakit mahupun terkena buatan orang. Tolonglah hentikan spekulasi,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai foto berkenaan, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip menjelaskan dirinya mungkin kelihatan kurus kerana sudut gambar yang diambil.

“Saya mungkin nampak sebegitu (kurus) disebabkan sudut foto yang mengiring ke tepi.

“Alhamdulillah setakat ini saya sihat, tak sakit apatah lagi terkena buatan orang,” jelas Hafiz yang turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang membayangkan rumah tangganya juga goyah.

“Keluarga saya bahagia dan isteri amat menyayangi saya. Kami kini sedang menguruskan anak, Muhammad Riyadh Zafri yang berusia setahun lapan bulan,” kongsi Hafiz.

Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awan Nano ini juga turut menghargai peminat yang peka dan mengambil berat akan dirinya.

BACA: Azhar Osman Dilihat Semakin Kurus & Cengkung, Rupanya Ada Gangguan Penyakit..

“Saya amat menghargai warganet dan peminat kerana mereka masih mengambil tahu perkembangan dan kesihatan saya,” akhiri Hafiz yang bakal muncul menerusi lagu duet bersama Adira Suhaimi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.