Connect with us

Viral

[VIDEO] “Zhan lari Zhan!!” Aksi Abang Bomba Ini Lepaskan Ular Tedung Tapi Tiba-tiba Dikejar Jadi Perhatian Netizen

Saban hari, tugas dan peranan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat semakin meluas serta mencabar yang memerlukan anggotanya sentiasa bersiap sedia untuk menempuh apa jua halangan mendatang.

Ular tedung merupakan salah satu spesis ular yang sangat digeruni dan ditakuti oleh semua orang kerana ia mempunyai bisa yang sangat bahaya serta handal dalam menyerang hendap mangsanya.

Kebiasaannya, ia akan menghuni di kawasan hutan atau semak samun dan bergiat aktif mencari makanan atau tempat berteduh ketika musim panas.

Namun, ketika itulah rumah-rumah penduduk yang berdekatan pasti akan menjadi sasaran unntuk meluaskan habitatnya.

Mungkin ada yang mampu menjinakkan ular tersebut akan tetapi akhirnya bantuan dari pihak bomba juga diperlukan untuk menangkap ular tersebut.

Terbaharu, video yang dimuat naik oleh Persatuan Kebajikan JBPM-Bomba di laman akaun Facebook telah mencuri tumpuan ramai kerana terlihat seorang ahli pasukan bomba sedang menjalankan tugas.

Beliau dilihat memegang ular itu dan bersedia untuk melepaskannya di sebuah kawasan bukit.

Dengan keadaan ular yang sangat besar dan panjang itu, ia telah menggerunkan hati para netizen.
Ramai yang pastinya berdebar melihat detik-detik ketika ular itu dilepaskan kerana ia berpusing semula dan seperti ingin mengejar anggota terbabit. Pun begitu, reptilia tersebut terus melarikan diri.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa panjang ukuran ular tersebut dan di mana ia ditangkap.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapt sebanyak lebih 190  ribu tontonan di laman  Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang gerun melihat ular itu serta sedikit terhibur melihat telatah anggota bomba yang bertempiaran lari kerana ular itu.

Ada juga komen netizen yang melucukan dengan mengatakan jika dia ditempat kejadian pasti akan lari ‘lintang pukang’.

Di samping itu, ada juga yang berasa bimbang dengan bertanya mengapa ia dilepaskan di kawasan terbuka dan bukannya di hutan kerana ia mungkin akan mengigit orang lain di kawasan itu.

Namun begitu, anggota pasukan bomba telah berjaya menjalankan tugas mereka sebaik mungkin demi melindungi kita semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.