Kalau dah jodoh tak kemana, itulah peribahasa yang dapat digambarkan kepada sepasang suami isteri yang telah pun setahun mendirikan rumah tangga bersama.
Menerusi akaun Tiktok milik Yumni Mohd Nasir, dia telah berkongsi detik manis sepanjang mengenali pasangannya yang berasal dari Pakistan sempena Ulang Tahun Perkahwinan mereka yang pertama.
Katanya, bertemu dengan pasangan yang berwarganerakan Pakistan itu sememangnya tidak mudah seperti yang disangka.
Dia telah disatukan dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Karachi, Pakistan itu sejak 8 Ogos 2020 tahun lalu.
Yumni juga turut berkongsi kisah semasa mengenali suaminya selepas tamat pengajian di salah sebuah Universiti dan dia dan suami hanya berjanji temu sekali pada bulan Mei itupun setelah beberapa kali diajak kerana suaminya itu seorang yang tidak gemar keluar berdua dengan wanita.
“Saya buat part time job selepas tamat pengajian. Date pertama kami pada Mei 2018, itu pun selepas empat kali ajak. Dia sebenarnya susah nak keluar dengan mana-mana perempuan.
“Jika ada pun, dia akan keluar beramai-ramai dan kebiasaannya bersama rakan-rakan sekerja,” kata Yumni kepada mStar.
Namun pertemuan pertama mereka berdua itu tidak menjadi seperti yang dirancang kerana lelaki Pakistan itu tidak sihat dan balik. Pertemuan itu hanya berlaku selama 5 minit sahaja.
“Sebenarnya kami rancang nak tengok wayang berdua, tapi dia tak sihat. Sebelum tu kami minum teh panas di restoran, itu pun macam nak cepat je.
“Dia tiba-tiba kata tak sihat. Kami minum dalam lima minit, lepas tu kami masing-masing balik. Lima minit je first date kami,” ujarnya lagi.
Menurutnya dengan tempoh pertemuan yang singkat itu membuat dirinya menanggap lelaki itu tidak berminat dengannya tapi dia masih tidak putus asa mengajak lelaki itu untuk menemaninya ke sesi fotografi pra-convo.
“Tapi dia sebenarnya okay. Saya kemudian ajak dia temankan saya untuk sesi fotografi pra-konvo. Tak sangka pula dia sudi,” ujarnya yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pentabiran Perniagaan (Kewangan Islam) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Yumni berkata, setelah itu hubungan mereka menjadi semakin rapat, namun dia bimbang keluarganya tidak dapat menerima.
“Saya beritahu kalau dia serius nak kenal dengan saya, kenalah jumpa mak ayah di kampung. Dan dia setuju,” katanya
Namun rancangan itu nyaris tidak menjadi kerana lelaki itu terlepas penerbangan awal pagi dari Kuala Lumpur Ke Kelantan.
Kata Yumni ayahnya tidak yakin dengan lelaki itu, namun dikhabarkan lelaki tu sanggup membeli tiket penerbangan yang baru pada waktu tengahari dan hanya balik hari untuk berjumpa keluarganya.
Dia Seorang Yang Lemah Lembut dan Hormat Orang
Menurutnya suaminya itu seorang yang pemalu, berlemah lembut, dan hormat dengan orang disekelilingnya serta fasih dalam Bahasa Melayu.
Oleh kerana kesungguhan lelaki itu mengambil hati keluarganya, hubungan mereka justeru disetujui dan bernikah. Kini mereka berdua mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang berusia 3 bulan.
“Alhamdulillah urusan kami untuk disatukan dipermudahkan selepas mendapat restu keluarga. Selepas berkahwin, kisah first date dibangkitkan semula dan suami mendedahkan hal sebenar.
Seloroh selepas diijabkabul suaminya mendedahkan hal sebenar bahawa dulu dia hanya membuat alasan kerana tidak mahu keluar bersama akibat perasaan malunya.
“Suami beritahu dia sebenarnya tak pandai nak keluar dengan mana-mana perempuan. Jadi dia nervous masa keluar dengan saya dan tak tahu nak bagi alasan apa selain demam.
“Maka terbongkarlah rahsia selepas kahwin. Dia sebenarnya bukanlah tak sihat masa first date, tapi dia pemalu sangat,” kata Yumni.
Video tular di Tiktok