Sempena ulang tahun ke-35 jenama jam tangan G-Shock, Casio telah melancarkan koleksi G-Shock transparent Casio G-Shock Glacier Gold.
Model Glacier Gold ini berdasarkan rekaan asal DW-5000 yang boleh didapati pada model DW-5035E dan DW-5735E. Manakala model GA735E dan GA835E menawarkan rekaan moden dengan masa kini.
Koleksi Casio G-Shock Glacier Gold bakal dikeluarkan seawal bulan Oktober tahun ini. Koleksi ini akan dijual laman web G-Shock dan kedai fizikal mereka dalam lingkungan harga USD 160 (RM660++) hingga USD220 (RM910++).