Kini sudah menjadi lumrah anak-anak bermain gadget malah ada lebih pintar berbanding orang dewasa.
Namun begitu, ibu bapa juga harus pantau dari penggunaan telefon bimbit , tablet atau apa sahaja alat peranti lain agar mereka tidak menggunakannya untuk melakukan sesuatu yang buruk padahnya.
Ibu terkejut anak pesan 17 cawan air berharga RM150
Sama seperti seorang ibu yang terkejut kerana mendapati anaknya telah memesan sebanyak 17 cawan air coolblog mengunakkan aplikasi Foodpanda dengan berharga RM150.
Menurut Lala yang juga seorang guru berkata, dia terkejut setelah rider foodpanda tiba dirumahnya dan memberi pesanan sebanyak itu sedangkan dia tidak memesan apa-apa dari aplikasi tersebut.
Anak pesan pesanan sama tanpa sengaja
Setelah memastikan hal berkenaan telah dilakukan oleh anaknya, dia membayar RM150 kepada rider tersebut.
Katanya lagi, dia seperti mahu pengsan lebih-lebih lagi anaknya telah memesan pesanan yang sama semuanya tanpa sengaja.
Rasa nak pengsan tengok Afi punya kerja
“Tengoklah ni, Afi order coolblog 17 cawan. Terkejut Lala tiba-tiba je foodpanda datang hantar coolblog RM147. Yaallah rasa nak pengsan serius Afi punya kerja”.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terkejut dan membuat spekulasi bahawa anak itu akan dimarahi oleh ibunya selepas kejadian itu.
Anaknya menghidap penyakit Autistik sejak lahir
Walau bagaimanapun, Lala telah berkongsi video baharu tentang anaknya itu di tiktok.
Menurut Lala, anaknya itu menghidap penyakit Autistik semenjak lahir lagi yang kini berusia 7 tahun.
Anak istimewa ini celik hati dan pintar mengaji
Tambah pula anaknya itu mempunyai masalah lambat bercakap namun sebagai anak istimewa dia celik hati kerana pintar mengaji dan sangat sukakan air boba.
“Hai sayalah Afi yang order foodpanda tu. Afi anak autistik yang berumur 7 tahun dan ada masalah speech delay tapi Afi pandai mengaji.”
Afi sangat suka air boba
“Afi sangat suka air boba. Mama sayang Afi lebih dari segalanya. Awak semua doakan Afi sihat je ye?”
Lantaran dengan perkongsian itu netizen mendakwa mungkin sebelum ini anaknya teringin meminum air boba.
Mungkin Afi teringin air boba dan tidak dapat memberitahu ibunya
Akan tetapi disebabkan masalahnya dia tidak dapat memberitahu ibunya malah terus memesan air di aplikasi tersebut malah ada juga yang turut mendoakannya.
“Takpe Afi salah pun Allah sayang. Kami tengok ni pun sayang. Budak- budak takkan lari dari buat kesilapan. Pakcik dulu lagi nakal.”ujar netizen berseloroh.
Video tersebut meraih tontonan lebih dari setengah juta tontonan
Rata-rata netizen turut mendoakan agar anak istimewa ini terus sihat dan membesar menjadi anak yang soleh.
Posting yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh ibunya itu telah meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.
Sayalah yang order Foodpanda mama saya