Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Pulih Dari Positif C19, Namun Suami Rabecca Nur Islam Kini Susah Nak Berjalan

Semua orang yang dijangkiti virus C19 pastinya mahu sembuh dan pulang ke pangkuan keluarga.

Namun begitu, tahukah kita bahawa setiap orang yang sudah bebas dari virus ini akan menghidapi penyakit sampingan.

Bekas pesakit sukar bernafas seperti biasa

Antara kesan sampingan yang akan dihidapi oleh bekas pesakit seperti sukar bernafas seperti biasa dan juga kesan pada otot serta organ dalam badan.

Sama seperti yang berlaku kepada suami Rabecca Nur Islam kerana menurut beliau suaminya tidak dapat berjalan seperti dahulu lagi dan menyebabkan pinggangnya berasa sakit.

Suamiku susah nak berjalan

Menurut Rabecca, sebelum ini suaminya sudah mengadu tentang sakit pinggang yang dihadapinya.

“Suami ku Azam tiba-tiba susah nak jalan. Di sebabkan pinggang nya sakit sangat-sangat.”

Dia dan suaminya masih berfikiran positif sehinggalah suaminya sukar untuk berjalan justeru terus membawa suaminya ke hospital kerana bimbang dengan hal itu.

Semalam tiba-tiba suami macam susah nak berjalan

“Dua hari lepas dia dah rasa sesuatu pada pinggang nya, tapi tetap cuba kuatkan diri, tapi semalam tiba-tiba macam susah nak berjalan pula, mummy apa lagi terus bawanya check ke hospital,risau”

” Tak tahu nak cakap Apa punca? Mungkin ke selepas baik dari covidStage 4-5 Hari Tu ada kesan sampingan? WaallahHuAlam. Hanya Allah SWT yang mengetahui.” katanya lagi.

 

Mungkin ia adalah kesan sampingan dari virus itu

Tambah Becca, dia tidak mengetahui punca yang menyebabkan hal itu terjadi, mungkin kesan sampingan daripada virus tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas rawatan doktor telah memberi ubat kepada suaminya dan akan mendapatkan rawatan susulan.

Nak bangun dan berjalan harus ada tongkat

“Apa apa pun Doktor bagi ubat untuk seminggu tengok mcm mana, sebab secara jujur nya Encik Suami memang tak suka pergi hospital apatah lagi masuk hospital .”

” insyaAllah semoga semua baik. Tapi tu la, bangun susah dan nak jalan harus ada tongkatnya.”

Sakit adalah penghapus dosa

Ujar Becca, dia redha dengan ujian yang diberikan kepada dirinya itu dan dia akan sentiasa berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan suaminya.

Ini kerana menurut Becca, sakit adalah penghapus dosa serta kita sentiasa insaf dan berbuat kebaikan di dunia.

Sebelum ini Rabecca pernah berkongsi, dirinya, suami dan enam orang anak mereka telah dijangkiti dan positif. Namun hanya suaminya sahaja yang kritikal pada tahap 4 dan 5.

Pada 21 Julai lalu suaminya, Nor Azam dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat akibat jangkitan C19.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.