Ramai yang tidak sedar bahawa pertanyaan ‘bila nak ada anak’ adalah sangat sensitif bagi sesetengah pasangan. Bagi mereka yang baru sudah lama mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan cahaya mata pastinya sudah melalui fasa ini.
Mungkin sesetengah pihak berfikir ia merupakan soalan yang biasa untuk memulakan perbicaraan dengan seseorang, namun bagi insan yang bergelar wanita pasti akan terasa dengan soalan ini lebih-lebih bagi mereka yang sudah berusaha untuk memiliki anak.
Baru 6 bulan berkahwin, wanita ini menjadi sasaran orang ramai yang mengenalinya dengan bertanya soal anak.
Fyfa telah berkongsi hal itu di akaun tiktok miliknya dan meluahkan rasa sedih kerana ramai yang mengajukan pertanyaan soal anak kepadanya.
Fyfa berkata sebelum dia belum berkahwin, dia tidak memahami mengapa ramai orang yang berusaha mendapatkan anak akan terasa dengan soalan itu walaupun ditanya dengan baik sehingga perkara itu terjadi sendiri pada dirinya.
“Kenapa bila kita dah kawin orang yang kita kenal atau org yang tidak kenal kita dia akan tanya bila nak ada anak. boleh tak belajar jaga hati orang?.”
“Boleh tak tak payah tanya soalan sensitif tu? dulu masa aku belum kawin aku memang tak faham kenapa orang-orang ikhtiar nak ada anak dia cepat terasa walaupun hanya pertanyaan yang elok sampai la jadi dekat aku”
Perkara itu telah membuatkan dirinya begitu emosi sehingga menitiskan air mata kerana kini dia memahami betapa peritnya soalan itu bagi wanita yang sudah mendirikan rumah tangga.
Kata wanita muda itu, dia juga berharap agar orang ramai di luar sana berhenti bertanyakan soalan itu kepada wanita yang baru atau sudah lama berkahwin jika tiada dalam situasi itu kerana ramai yang sudah berusaha bermacam cara untuk memiliki cahaya mata sendiri.
“Pegi mana-mana orang tanya kau dah berisi ke? bukan ke kau dah 6 bulan kahwin? Boleh tak korang berhenti tanya macam tu. Korang takda dekat tempat orang tu. Orang ikhtiar nak ada anak macam-macam dorang buat”
Tambahnya lagi, dia dan suami percaya bahawa semua ini adalah ketentuan Allah SWT untuknya dan menganggap bahawa Allah ingin memberikan rezeki yang lebih kepadanya dahulu sebelum mempunyai anak.
“Tak payah tanya. Jodoh ajal maut di tangan allah. Tanggapan saya mungkin allah tak bagi saya zuriat sebab nak bagi saya rezeki melimpah ruah. Berhentilah tanya macam tu lagi.”
Bukan itu sahaja, netizen turut merasakan kesedihan yang dirasai Fyfa dan mendoakan agar dia diberikan rezeki mempunyai anak dan tidak mudah melatah dengan tindakan atau kata-kata pihak yang tidak bermoral ini.
“Orang kita memang suka busy body. Menyirap tanya soalan yang macam tu.”
“lidah lebih tajam dari pisau. Sabar tau sis, Allah lebih tahu yang trbaik ”
Video tuar di laman Tiktok