Connect with us

Semasa

[VIDEO] Digelar ‘Punggung Terbang’, Pesawat Terbesar Dunia Ini Akan Beroperasi Pada 2025

Dunia kini semakin hari, semakin moden malah pelbagai kemajuan dicipta dengan teknologi-teknologi canggih.

Kini tambah lagi dengan laporan sebuah Kapal Terbang yang juga merupakan pesawat yang terbesar dan termewah di dunia bakal dijadualkan membawa penumpang bermula pada tahun 2025 akan datang.

Pesawat ini digelar punggung terbang

Itulah dia pesawat Airlander 10 yang juga digelar ‘punggung terbang ‘ kerana bentuknya dikatakan menyerupai punggung manusia.

Terdahulu, prototaip Airlander 10 sepanjang 97.5 meter terhempas pada 2017, dan banyak industri penerbangan yang tertanya-tanya sama ada pesawat itu akan kembali beroperasi atau tidak.

Pesawat ini bersiap sedia bawa penumpang pada 2025

Kini, syarikat pembuatan Hybrid Air Vehicles (HAV) memaklumkan bahawa pesawat Zeppelin moden itu sudah bersiap sedia untuk operasi penuh pada 2023 dan bersiap sedia untuk membawa penumpang menjelang tahun 2025.

Makan sambil terbang di langit

Dikatakan pesawat ini bukanlah seperti pesawat biasa yang lain kerana penumpang berpeluang untuk merasai pengalaman seperti berada dalam restoran mewah.

Bahkan bukan itu sahaja, penumpang boleh menikmati hidangan sambil terbang di langit apabila menaiki pesawat tersebut.

Penumpang seperti berada di hotel bintang

Hal ini kerana, kabin pesawat tersebut menawarkan pemandangan panorama di bahagian bawah pesawat serta dekorasi dalaman pesawat sangat moden dan mewah seperti berada di hotel 5 bintang.

Pesawat ini sesuai untuk mereka yang mahu merasai pengalaman menenangkan

Walau bagaimanapun, pesawar Airlander 10 ini tidak sesuai untuk mereka yang mengejar masa memandangkan ia hanya terbang pada kelajuan 128.7 kilometer sejam.

Berbeza dengan pesawat biasa yang terbang selaju 804 kilometer sejam dan ia sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman yang menenangkan.

Perjalanan yang dipertimbangkan antara Liverpool ke Belfast

Menurut penyelidikan HAV, kelajuan bukanlah ciri paling penting bagi bakal penumpang pesawat itu.

Pihak HAV juga turut berkata, salah satu perjalanan yang sedang dipertimbangkan adalah antara Liverpool ke Belfast yang jauh lebih pantas berbanding menaiki feri dan tidak begitu ketinggalan berbanding perjalanan menaiki penerbangan biasa.


Jimat masa penumpang semasa di lapangan terbang

Airlander 10 juga difahamkan, lebih menjimatkan masa penumpang semasa di lapangan terbang lebih daripada menaiki kapal terbang biasa.

Ini kerana mereka tidak perlu berjalan jauh untuk sampai ke pintu masuk. Ini kerana Airlander akan dapat menggunakan terminal pop-up sendiri di mana sahaja.

Pasti ramai yang tidak sabar menunggu penerbangan mewah ini mula beroperasi bukan? Pastinya ia akan menjadi momen yang indah buat sesiapa sahaja yang menaiki pesawat Airlander 10 ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.