Connect with us

Viral

[VIDEO] “Kenapa la time selekeh jumpa orang kenal,” Luahan Gadis Ini Buat Netizen Terhibur

Setiap orang pasti ada ‘hari malas’ lebih-lebih lagi jika mahu pergi kedai yang berdekatan atau ke pasar untuk membeli barang dapur.

Saat itulah hati ini hanya tuhan yang tahu betapa banyak kita berdoa agar tidak terserempak dengan kenalan.

Malu terserempak dengan rakan sekerja 

Siapa je yang suka terserempak dengan orang yang kita kenali kerana saat itu kita kelihatan selekeh, dan kusut masai. Pasti masa tu mulalah adegan pura-pura tidak kenal.

Sama seperti yang dihadapi oleh wanita yang tular di tiktok baru -baru ini apabila dia meluahkan rasa malunya ketika terserempak dengan rakan sekerjanya di sebuah pasar raya.

Masa tengah lawa-lawa takda terserempak pun

“Kenapa masa selekeh mesti jumpa orang yang kita kenal? Masa tengah lawa-lawa takda pun.”

“Emosi aku! ahaha aku ni dah macam dalam drama korea ‘True Beauty’ dah,”katanya di kapsyen video tersebut.

Hanya pakai tshirt biasa, tudung sarung makcik-makcik nak beli ayam

Menurutnya di dalam video tersebut, dia hanya memakai pakaian tshirt biasa, tudung sarung makcik-makcik dan beg silang tepi.

Ini kerana niatnya hanya untuk pergi membeli ayam dan ikan namun dia terlihat rakan sekerjanya dan rakannya juga turut memandangnya seperti saling mengenali.

Aku dahla macam mak-mak anak 10 dah ni

“Aku dahla macam mak-mak anak 10 dah ni. Aku ingat nak pegi beli ikan ayam je.”

“Aku pegi Giant tadi, lepastu time aku tengah serabut gila cari barang tiba- tiba aku ternampak kawan kerja aku.”

Aku harap dia tak kenal aku

“Aku jalan, aku buat-buat tak nampak. Aku harap dia tak kenal aku.”

Lantaran dengan itu, dia segera ke kaunter bayaran selepas selesai mencari barang dan sekali lagi terserempak dengan rakannya yang juga membayar di kaunter sebelah.

Masa nak bayar dia ada pulak dekat kaunter sebelah

Akan tetapi wanita masih pura-pura tidak kenal akan rakannya itu dan segera beredar dari situ.

“Lepastu masa nak bayar tu boleh pulak dia dekat kaunter sebelah.”

Tambahnya dia amat malu dengan situasi itu dan berharap agar rakannya itu tidak mengenali dirinya.

Aku harap dia tak kenal sebab dekat tempat kerja memang aku lain

Ini kerana jika dia berada tempat kerja dia sering kelihatan kemas dan cantik untuk dipandang.

“Aku harap dia tak kenal aku sebab kitaorang dekat tempat kerja, aku kat tempat kerja nampak la aku ni lain tapi takut la dia terkejut tengok aku macam ni.”

@namicwan_Knp time selekeh mesty jumpa org yg kita kenal? Time tgh lawa2 takde pun emosi aku ! HAHAHA aku ni dah mcm dlm drama korea true beauty dah😂 #fy #fyp♬ original sound – Nami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat wanita ini dan berharap rakannya itu tidak mengenali dirinya ketika itu.

Ada diantara netizen juga berkongsi pengalaman yang sama dengan wanita ini dan turut melakukan perkara yang sama seperti itu untuk tidak dikenali di tempat awam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.