Connect with us

Viral

[VIDEO] Semua Persiapan Kahwin Dah Lengkap, Tangisan Lelaki Ini Buat Netizen Simpati

Setiap manusia yang berpasangan pasti inginkan pengakhiran cinta mereka dalam sebuah ikatan suci perkahwinan namun siapalah kita untuk melawan takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

‘Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan’ itulah bait-bait kata yang sesuai dengan situasi seorang pemuda yang tular di tiktok baru-baru ini.

Iqbal Baharom telah berkongsi kisah duka di akaun tiktok miliknya tentang perkahwinan yang tidak kesampaian bersama dengan wanita yang dia cintai walaupun segala persiapan telahpun disediakan.

Menerusi perkongsian itu, Iqbal telah berkongsi gambar sijil kursus kahwin yang dihadiri setahun yang lalu dan juga menunjukkan busana yang akan dipakainya di hari pernikahan mereka berdua berona putih.


Perancangan Manusia Itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir

“Jangan kita bersangka buruk pada Allah. Dia sebaik-baik perancang,” tulisnya ringkas

Kata Iqbal, dia menerima segala ujian yang berlaku ke atas dirinya dan sentiasa bersangka baik dengan apa yang terjadi.

Iqbal turut meluahkan, pasangan itu merupakan wanita yang baik dan menganggap mungkin dia sendiri yang belum sempurna untuk bergelar seorang suami.

“Sejujurnya, Dia wanita yg baik. Mungkin saya tak cukup sempurna untuk jadi suami kepadanya.”

Usaha Menjadi Lelaki Yang Lebih Baik

Dia turut mengaku kekhilafan yang dilakukan sebelum ini namun dia akan berusaha menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Tidak lupa juga, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua netizen yang mendoakan dirinya.

“Saya akan usaha jadi yang terbaik. terima kasih pada semua, saya terharu” katanya.

Dengan perkongsian lelaki berusia 32 tahun itu, netizen turut bersedih dan sebak dengan kisahnya, ada yang memberi semangat malah ada yang turut berkongsi pengalaman pernah ‘putus di tengah jalan’ bersama pasangan masing-masing.

“Bukan mudah nak melupakan sebenarnya. Saya sendiri ambil masa 9 tahun selepas bercerai. trauma yang amat”ujar seorang netizen.

“Sabarlah, doa banyak-banyak Allah kuatkan hati awak dan tabahkan hati awak, saya 3 tahun dah berpisah. mula2 je rasa dunia gelap sekejap.” kata seorang lagi warganet.

Bukan itu sahaja, malah ada yang berseloroh menceriakan ruangan komen.

“Mungkin abang ditakdirkan untuk saya kot bang. Hari-hari saya boleh wax untuk abang , isteri mithali ha gitohh”

Video tular di laman Tiktok

@manusiaberbuluJgn kita bersangka buruk pada Allah.dia sebaik2 perancang 🥲🤲🏻 #fypシ #fyp #fypdongggggggg♬ semangat ngontennya – dollar kuning

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.