Setiap pasangan yang ingin berkahwin pasti akan memeastikan segala persiapan akan disiapkan sebelum menjelang hari perkahwinana kerana tidak mahu ada sebarang gangguan atau masalh di hari bahagia.
Namun lain pula kisahnya dengan pasangan ini apabila mereka sudah siap sedia segalanya dan hanya menunggu untuk diijab kabulkan namun tok kadi pula yang terlupa.
Pasti kelam kabut dibuatnya. Jarang kita mendengar kisah yang seperti ini namun itulah realitinya buat pasangan ini.
Tular di Tiktok tentang seorang tok kadi yang terlupa bahawa dia harus menguruskan pernikahan dan berselisih dengan pasangan pengantin di atas jalan.
Rakaman itu telah dibuat oleh pasangan pengantin itu sendiri setelah berselisih dengan kelibat kereta tok iman itu.
Menurut pasangan itu, setelah melihat kenderaan itu mereka kelam kabut menahan kenderaan tersebut dan mengingati tok iman itu yang sepatutnya menikahkan mereka pada hari kejadian.
Katanya tok imam itu terlupa dengan perancangannya sendiri dan sewaktu itu dia sedang menuju ke ladangnya untuk berkebun. Nasib sahaja mereka bertembung, jika tidak tergendala perancangan pernikahan itu.
“Tok imam siap-siap nak masuk ladang dah, kena pusing balik…Kalau tu memang tak nikah la” kata pengantin lelaki itu.
Selepas mengingati tok imam itu tentang hari pernikahan mereka yang sepatutnya dijalankan pada waktu itu, tok imam tersebut terus membatalkan niatnya untuk pergi berkebun lalu terus berpatah balik dengan segera untuk menukar pakaian dan pergi ke masjid untuk menikahkan pasangan pengantin itu.
Lantaran dari perkongsian yang melucukan itu, netizen terhibur dengan video tersebut kerana jarang kita lihat tok kadi terlupa tentang hal seperti ini, malah ramai yang turut membuat spekulasi mungkin tok kadi itu ingat-ingat lupa tentang hari kejadian, oleh itu dia mengambil keputusan untuk berkebun.
“Macam ada benda aku kena buat harini, tapi apa ye? lantak la yang pentin pegi ladang dulu.” kata netizen berseloroh di ruangan komen.
“Sama macam saya dulu imam boleh pergi main basikal dulu padahal nak nikahkan 3 pengantin hahahaha”
Video tular di laman Tiktok
Dah selamat dinikahkan