Anak adalah anugerah yang terindah buat setiap pasangan. Malah, anak juga adalah pembawa rezeki dan penyeri rumah tangga yang dibina.
Oleh itu, pastinya setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat si kecil mereka supaya dapat membesar dengan baik dan sihat.
Namun begitu, kadang-kala ada pelbagai situasi dan keadaan yang tidak dapat dikawal ibu bapa terutama apabila si kecil sedang meneroka pelbagai benda baru.
Anak oh anak
Begitu juga dengan pasangan ini apabila mereka berkongsi kisah mengenai telatah cemas si kecil ini di aplikasi TikTok.
Tiada ada kata-kata yang mampu diungkapkan apabila ibu bapa berasa di situasi cemas seperti ini
Gigih keluarkan gabus guna jarum peniti
Menerusi rakaman video berkenaan, wanita ini menunjukkan terdapat serpihan gabus putih di dalam hidung anaknya dan ia cuba dikeluarkan menggunakan dua jarum peniti.
Memetik laporan mStar, Puteri Anggraini Mohamad, 29, berkata kejadian di kediaman ibunya yang terletak di Bukit Tok Beng, Terengganu.
Puteri Anggraini berkata ketika itu dia baru sahaja selesai bermain basikal bersama anaknya Vera Edelweiss Mohamad Izzuddin, yang baru berusia dua tahun.
Si kecil terjumpa serpihan gabus dan masukkan ke dalam hidung
“Masa tu kami baru lepas main basikal di luar sebab tiba-tiba hujan jadi kami semua masuk dalam rumah.”
“Tak tahulah macam mana anak saya ni boleh terjumpa serpihan kecil gabus dan kemudian masukkannya ke dalam hidung sendiri.”
“Mula-mula saya ingatkan tak ada apa-apa, tapi mak saya perasan yang Vera ada masukkan sesuatu dalam hidungnya.”
Ada benda putih kecil dalam hidungnya
“Bila suluh guna flash telefon, baru nampak memang ada benda putih kecil dalam hidungnya.
“Baru saya teringat mak baru beli almari yang ada kepingan gabus. Memang dah sorokkan semuanya, tapi Vera boleh terjumpa pula,” katanya yang menetap di Keramat, Kuala Lumpur.
Saya cuba keluarkan gabus pakai picagari
Ibu kanak-kanak ini yang mesra disapa Anggerik cuba mengeluarkan serpihan gabus itu menggunakan picagari dengan mengalirkan air ke dalam hidung anaknya.
Percubaannya itu gagal tetapi suaminya, Mohamad Izzuddin Mohd Rafee, 29, terfikir satu lagi cara untuk mengeluarkannya.
“Vera tahu yang dalam hidungnya ada ‘benda’ sebab nampak dia pun korek hidung dan tiga kali bersin.”
Vera mula berhingus tapi gabus masih tidak keluar
“Masa tu dia memang dah mula berhingus tapi serpihan gabus tersebut tak keluar langsung.”
“Jadi saya pun cubalah masukkan air ke dalam hidung Vera dengan menggunakan picagari, tapi tak boleh juga.”
“Saya terpaksa tunggu dia tertidur dan minta bantuan suami untuk keluarkan serpihan gabus itu dengan cara lain.”
Lubang hidung Vera terlalu kecil mahu guna pengepit
Ia merupakan kali pertama pasangan ini berdepan dengan perkara sebegitu.
“Bila dia dah tertidur tu kami pun suluh lagi sekali dan nampak serpihan gabus tu sudah berada betul-betul ada di bahagian hujung hidung.”
“Lubang hidung Vera terlalu kecil untuk kami keluarkan dengan pengepit, jadi suami mengambil keputusan untuk mengeluarkannya dengan menggunakan jarum peniti.”
Suami berjaya keluarkan gabus guna jarum tanpa sebarang kecederaan
“Lagipun kalau guna jarum ni senang sikit kita nak kepit dan akhirnya suami berjaya keluarkan serpihan gabus itu dalam masa seminit tanpa sebarang kecederaan.”
Jelas Anggerik, dia mengakui tidak terfikir langsung untuk mengeluarkan serpihan itu dengan menggunakan jarum peniti seperti yang difikirkan suaminya.
Selain itu, pada waktu itu dia juga telah berniat untuk membawa Vera ke klinik berhampiran rumah ibunya.
Ingat nak bawa ke klinik terus
“Saya memang tak terfikir langsung nak keluarkan dengan cara sebegitu, sebab ingat nak bawa dia ke klinik terus selepas selesai solat Maghrib.”
“Saya cuma nak berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya jangan mengambil risiko seperti kami.”
“Tetapi bila Vera dah tertidur, kami pun cubalah ikhtiar cara lain. Vera ni seorang kanak-kanak yang peramah dan pandai bermain sendiri.”
Vera semakin banyak akal
“Tapi sejak duduk di Terengganu awal September lalu, Vera banyak bermain dengan sepupunya dan mungkin sebab itu jugalah makin banyak akal sampai masukkan benda dalam hidung,” katanya berseloroh.
Menurut anak jati Terengganu itu, ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan insiden sebegitu.
Bagaimanapun, dia menasihatkan supaya ibu bapa di luar sana sebaik-baiknya mendapatkan rawatan di hospital jika berlaku kejadian yang sama.
Jangan ambil risiko, lebih baik terus ke hospital
“Vera ni anak pertama saya dan ini first time jadi benda macam ni. Lepas saya muat naik video tu, ramai juga yang komen menceritakan pengalaman mereka sendiri dan juga anak-anak dan ada juga mengkritik.”
“Saya cuma nak berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya jangan mengambil risiko seperti kami, sebab kalau tak berani lebih baik ke hospital terus untuk dapatkan bantuan.”
Video tersebut raih lebih 3.5 juta tontonan
“Walaupun kita dah cuba menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin, perkara kecil seperti ini tetap akan terjadi. Benda kalau dah nak jadi, kita memang tak dapat nak jangka,” ujarnya.
Perkongsian video tersebut di aplikasi TikTok setakat ini telah meraih lebih 3.5 juta tontonan.
Video yang tular di aplikasi TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing.
Mereka juga turut berpendapat jika berlaku kejadian seperti ini supaya segera mendapatkan rawatan di hospital.