Sejak penularan wabak pandemik, pembelian barang secara atas talian bukan satu perkara yang asing lagi malah ianya semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Namun begitu, pelanggan perlu bersiap sedia dan menerima dengan hati terbuka jika barang yang ditempah tidak seperti mana yang diiklankan.
Sama seperti satu perkongsian oleh seorang penghantar barang dari Indonesia, menerusi laman TikTok dia menceritakan karenah seorang pelanggan yang dikatakan enggan untuk membayar barang yang ditempahnya walaupun bungkusan parcel sudah dibuka.
Menurutnya, wanita ini menggunakan kaedah pembayaran secara Cash On Delivery.
Walau bagaimanapun, dia dipercayai membuka bungkusan tersebut terlebih dahulu tanpa membuat sebarang pembayaran.
“Penderitaan peniaga atas talian. Saya minta maaf kepada penjual ya ok?”
Difahamkan lagi, wanita tersebut memberikan alasan baju yang dibelinya ketat dan dia enggan untuk membayarnya sebelum melarikan diri.
Biarpun diugut untuk diviralkan di media sosial wanita ini sama sekali tidak kisah dan pemuda ini sempat memberikan nasihat kepada wanita ini supaya tidak membuat pesanan secara atas talian selepas ini.
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh wanita ini dan memberikan cadangan kepadanya untuk membeli di pusat beli-belah.
“Sabar ya bg ..smoga rezeki abg kurir di mudahkan allah,,dan ibu itu di sempitkan rezekinya,,aamiin”
“Aku cod selalu ndak pernah ndak bayar..jual lagi kek. atau sumbangin ke keluarga.”
Malah ada juga yang menginatkan penghantar barang tersebut supaya mengambil bayaran terlebih dahulu sebelum membenarkan pelanggan membuka bungkusan.
“Lain kali tu bayar dulu baru disuruh buka”
Video tular di laman Tiktok