Connect with us

Selebriti

Dikecam Buat Content Tunjuk Sedekah & Sound Atuk Tua Mengemis, Baim Wong Beri Penjelasan

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Baim Wong atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim yang juga merupakan pelakon terknal di Indonesia lagi-lagi dalam dunia Sinetron.

Umum mengetahui, nama anak kelahiran Jakarta Indonesia ini juga makin dikenali ramai apabila dia membabitkan diri untuk berlakon dalam sebuah drama Malaysia yang berjudul “Bukan Cinta Aku” pada tahun 2019.

Selain berkecimpung dengan dunia lakonan, Baim juga terlihat sangat aktif di YouTube dan telah menghasilkan banyak ‘content’ termasuklah memberi sedekah kepada orang ramai terutamanya orang miskin.

Baim wong ‘sound’ orang tua minta sedekah?

Namun baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan Baim Wong seolah olah memarahi seorang orang tua yang ingin meminta bantuan.

Siapa sangka, konten amal jariah yang dilakukannya teruk dikecam netizen dan disifatkan sangat biadap dan tidak menjaga sensitiviti.

Menerusi video yang dikongsi oleh borneopedia di applikasi TikTok itu, Baim menedari terdapat seorang pakcik tua yang mengekorinya sejauh beberapa kilometer.

Oleh kerana Baim berasa kurang senang dengan tindakan pakcik itu, Baim mula mempersoal sebab mengapa pakcik itu mengekorinya sebelum individu itu menjelaskan bahawa dia ingin menjual barang kepadanya.

Jangan hanya mengemis sahaja

Namun, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku apabia Baim mula memarahi warga emas tersebut sambil memberitahu kepadanya bahawa seseorang perlulah bekerja untuk mendapatkan wang dan bukan dengan hanya mengemis sahaja.

Apa yang lebih menyakitkan hati, Baim yang hanya mengabaikan pakcik tersebut kelihatan menyambung amal jariahnya dengan memberikan sedekah kepada rider-rider yang berada disekitarnya sambil dilihat oleh warga emas berkenaan sebelum beredar dengan motorsikal mewahnya.

Ketika artikel ini ditulis, Video kontroversi yang berdurasi 1 minit 42 saat itu meraih 7.9 juta tontonan dan 67.9k komen di TikTok dan rata-rata netizen kesal dengan perbuatan dan sikap Baim itu.

@borneopediasemoga bapak mendapatkan rezeki ditmpat lain@baimwong♬ suara asli – Borneopedia

Kecaman yang bertalu-talu

Baim Wong juga berkesempatan untuk berkongsi sebuah gambar anak keduanya yang diberi nama Kenzo Eldrago Wong sambil menzahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya matanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by baim wong (@baimwong)

Biarpun begitu, ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang tak henti-henti memberi kecaman dan teguran kepada Baim Wong namun setakat ini tiada sebarang klarifikasi yang dibuat oleh aktor 44 tahun itu.

Baim Wong perjelas isu

Menerusi satu muatnaik video terbaru di laman Youtube, Baim memperjelaskan isu yang meenjadi perhatian netizen itu.

Menurutnya, lelaki tua itu sudah menjerit-jerit meminta duit sehingga sampai ke rumahnya hingga membuatkannya hilang sabar dan menegur orang tua itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.