Siapa sangka, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sewaktu kecil sanggup membuat khianat pada ibunya sendiri ketika meningkat dewasa.
Terbaru, kira-kira jam 3.30 petang semalam, seorang anak sanggup membakar rumah ibunya sendiri di di Kampung Bukit Kapar, Klang.
Difahamkan, si anak merupakan bekas banduan yang cuba meminta wang daripada ibunya namun permintaannya gagal.
Berang kerana permintaannya ditolak, dia mengugut akan membakar rumah berkenaan jika ibunya tidak memberi sejumlah wang sebelum beredar.
Walau bagaimanapun, hancur luluh hati seorang ibu apabila rumahnya dilaporkan dijilat api dan mendapati pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.
Wanita tersebut yang sedang sibuk bekerja mencari rezeki terus bergegas pulang untuk melihat keadaan rumahnya.
Menerusi video tersebut, dia yang juga seorang penyewa kelihatan sangat terkejut dengan apa yang terjadi sehinggakan dia terduduk menangis mengenangkan nasibnya sambil melihat tempat berteduhnya dijilat api yang sangat marak.
Mengulas lanjut, Semakan awal mengesahkan bahawa dia baru seminggu dibebaskan dari penjara dibawah kesalahan berkaitan bahan narkotik
Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 6 petang dan direman selama 4 hari.
Biarpun begitu, motif sebenar kebakaran masih berada dalam siasatan bagi mengetahui sama ada duit yang diminta itu bagi melepaskan gian atau tujuan lain.
Ketika artikel ini ditulis, video terebut meraih 1.5k komen dan 1.1k perkongsian di applikasi facebook.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa geram dan marah terhadap anak yang memperlakukan ibunya sebegitu rupa.
Ada juga yang menganggap anak ini tidak menghargai pengorbanan ibu yang melahirkannya sehingga sanggup berbuat sedemikian.
“sabar kak semua tu ada hikmahnya, Allah nak bagi yang terbaik untuk akak nanti”
“settitik air mata ibu jatuh kerana anak derhaka tak ter ampun”
“apa salah mak engkau, kalau nak duit bekerjalah.. jagan engkau susahkan mak engkau lagi”
“anak derhaka bakal menambahkan lagi maraknya api neraka”
“penagih dadah memang menyusahkan masyarakat”