Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah.
Kadangkala mereka ini juga dikatakan berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.
Kebelakangan ini pengguna jalan raya sering mengadu melihat elibat seorang ‘wanita’ dikatakan sedang berjalan mendukung bayi.
Video tular tersebut dipercayai berlaku di jalan Genting itu dimuat naik oleh pengguna media sosial mencuri tumpuan ramai pihak.
“Isu viral 2,3 hari lepas pasal hantu bawak batu nisan jalan Genting rupanya ??”
Sangkaan awal orang ramai yang menyatakan ianya sosok tubuh wanita terungkap apabila tindakan berani sekumpulan pengguna jalan raya membuktikan dia adalah seorang lelaki.
“Persoalan terjawab, rupanya bukan hantu tapi pengamal ilmu hitam”
Mereka membuat keputusan untuk menahan lelaki tersebut yang dilihat mendukung batu nisan berwarna putih kerana mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Pada mulanya lelaki tersebut tidak mengendahkan arahan orang ramai supaya berhenti namun dia akhirnya berhenti sebelum jatuh di bahu jalan.
“Part 2 seram.. hanya Allah maha mengetahui apa yg terjadi”
Ada yang mendakwa mengatakan lelaki tersebut mengamalkan ilmu hitam sehingga memaksa mereka yang berada di situ membaca ayat suci Al-quran bagi ‘melindungi’ diri daripada perkara yang tidak diingini.
Sehingga kini masih tiada info lanjut daripada pihak berkuasa berkenaan kes ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui turut meremang bulu roma melihat video tersebut.
Namun apa yang membuatkan kisah ini lebih seram dan menjadi tanda tanya, apabila ada yang mndakwa terdengar suara perempuan menangis sayup pada video part 2.
Manakala, di video part 3 pula ada yang netizen yang mengakui terlihat ‘kelibat’ di semak samun belakang lelaki tersebut.
Walau bagaimanapun, kesahihan kisah ini hanya Allah sahaja yang dapat mengetahui.