Connect with us

Selebriti

[FOTO] Tamat Zaman Duda, Fizo Omar Nikah Gadis Sarawak

Siapa sahaja tidak kenal dengan pelakon hebat dan berbakat Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar.

Terbaru, nama pelakon ini mula menjadi bualan ramai apabila terdapat desas-desus yang mengatakan Fizo bakal menamatkan zaman dudanya.

Menerusi sebuah ‘posting’ di Instagram miliknya, dia memuat naik sebuah gambar memaparkan dirinya yang lengkap dengan persalinan berwarna putih sambil ditemani anak tunggalnya, Wan Maryam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Fizo sempat berseloroh melalui kapsyen dengan menyatakan dia bakal meninggalkan ‘group recond’ yang juga terdiri daripada barisan artis berstatus duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman serta Azlee Khairi.

Namun pun begitu, gerangan pengantin perempuan masih lagi menjadi tanda tanya kepada para netizen oleh kerana Fizo masih tidak mendedahkannya secara rasmi.

Tapi siapa sangka, hasil tinjauan para netizen, mereke menemui sebuah akaun Instagram @fazeeranazriaz yang menggunakan gambar Fizo dan anaknya Maryam sebagai gambar profil Instagramnya.

Apa yang lebih mencuri tumpuan ramai apabila akaun itu memuat naik 2 posting gambar seorang wanita yang turut mengenakan busana berwarna putih dan lengkap berinai serta disrungkan cincin. Fuhhh, laju betul netizen buat kerja!

Biar hanya berkongsi dua keping gambar, akaun yang juga tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai itu juga meletakkan foto Fizo berbaju Melayu putih di profil utamanya.

Malah, beberapa foto dalam akaun terbabit juga dilengkapi dengan gambar seorang wanita yang anggun mengenakan baju nikah berwarna putih.

Tulis pemilik akaun berkenaan ringkas bersama kapsyen berbunyi ‘Syukur’ dan ‘Alhamdulillah’. Namun, ruangan komen kedua-dua foto berkenaan telah ditutup.

Selain itu, terdapat juga sekeping foto seorang lelaki yang tidak kelihatan wajahnya sedang menyarungkan cincin di jari manis wanita berkenaan.

Akaun itu juga menggunakan nama Fizo Faz dan hanya mengikuti akaun milik usahawan dan pelakon lelaki itu.

Itu merupakan kapsyennya yang agak ringkas namun sehingga kini menjadi persoalan orang ramai.

Dalam pada itu, ada juga khabar angin yang menyatakan wanita itu merupakan seorang bekas pramugari serta anak kelahiran Sarawak dan majlis pernikahan dipercayai berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tumpang gembira dengan perkongsian itu disamping mendoakan yang terbaik buat Fizo dan isteri barunya.


Terdahulu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan hasil pernikahan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai 2019.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.