Connect with us

Viral

[VIDEO] Kereta Lain Langgar Lampu Merah, Lelaki Ini Derita Patah Paha & Pinggul

Lampu isyarat merupakan salah satu sistem keselamatan untuk memudahkan aliran lalu lintas di kawasan persimpangan.

Namun, insiden melanggar lampu merah boleh dikatakan sering terjadi di Malaysia.

Hal ini berlaku sikap tidak sabar dan mementingkan diri sendiri oleh pengguna-pengguna jalan raya ketika menghampiri lampu isyarat dan perkara ini boleh mengundang padah serta mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya sama ada mendatangkan kecederaan atau maut.

Terbaru, sekumpulan lelaki ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan yang serius oleh kerana sikap tak bertanggungjawab seorang pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat.

Menerusi video dashcam milik mangsa yang tular baru-baru ini, dikatakan kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat Taman Muhibbah Kluang.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang turut dipercayai mangsa kemalangan terbabit memuat naik satu posting di Twitter menerusi akaun miliknya, @OkayOmar.

“I’m going to saman you. Just wait. You have no idea what I’ve been through because of you”.

Apa yang lebih membuatkan netizen ‘panas’ adalah pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat itu mendakwa dirinya melihat ‘lampu hijau’ ketika kejadian berlaku.

Dia kini perlu berada di wad selama 3 minggu dengan skin traction sling, tiada simen atau pembedahan buat masa ini.

Dia juga mengakui perlu menelan pain killer setiap hari, tidak dapat membuang air besar selama 5 hari sehingga sekarang.

“My friend suffered broken ribs. The others had minor first aid injury. The car, total lost. You could have move to the left to avoid. But you didnt. We’re you texting while driving? Lampu merah kau langgar, org elak kau, kau lagi kejar orang.”

Lebih menyakitkan hati apabila kereta yang dinaikinya itu kini total lost.

Dalam video tersebut, jelas pemandu yang melanggar lampu isyarat itu sebenarnya boleh bergerak ke kiri untuk mengelak namun dia tidak melakukannya.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan keadaan dia dan rakkannya, Ujarnya lagi, dia akan ‘update’ mengenai kes ini kelak.

Video tular kemalangan di lampu isyarat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.