Connect with us

Viral

Rakyat Malaysia Digantung Di Singapura

Seorang warganegara Malaysia, Prabu N Pathmanathan telah digantung di Penjara Changi, Singapura.

Prabu digantung mati pada Subuh tadi atas kesalahan menyeludup dadah, kata peguam N Surendran.

Anggota keluarga mendiang telah menuntut mayatnya pagi ini dan dijangka dibakar hari ini juga.

Penasihat kumpulan peguam Lawyers for Liberty itu menyelar hukuman itu sebagai kejam dan “melanggar proses wajar”.

Singapura juga, katanya, mengetepikan rayuan Malaysia untuk menggantung hukuman itu.

Peguam itu berkata lewat malam tadi, Pejabat Presiden Singapura menghantar surat kepada keluarga Prabu bagi menjawab petisyen pengampunan yang dikemukakan mereka.

Surat itu menyatakan “proses pengampunan telah dimuktamadkan” dan “kami tidak dapat memenuhi permintaan anda”, katanya.

Surendran berkata, ibu bapa dan adik beradik Prabu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua orang di pihak kedua-dua negara atas sokongan dan doa mereka dalam tempoh beberapa hari lepas yang sukar.

“Kami difahamkan bahawa menteri-menteri Kabinet Malaysia telah berhubung secara langsung dengan pemimpin-pemimpin Singapura dalam usaha untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati itu, tetapi tidak berhasil,” kata Surendran.

Dilaporkan pada 24 Okt, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, beliau akan menulis surat kepada kerajaan Singapura untuk menggesa bagi hukuman mati ke atas Prabu dipinda.

Liew berkata, beliau berharap Singapura akan meminda hukuman ke atas Prabu kepada hukuman penjara seumur hidup.

Dalam minit-minit terakhirnya ketika meringkuk di penjara, Prabu ingin mengongsi mesej terakhirnya.

Beberapa gambar yang diambil semasa hayat Prabu dikongsi di laman Facebook “Kami Percaya dengan Peluang Kedua” pada petang ini, iaitu beberapa jam selepas hukuman mati itu dilaksanakan berhubung kesalahannya mengedar dadah.

“Dia harap dapat gesa orang ramai supaya jangan terbabit dengan dadah,” kata hantaran itu.

Mengikut catatan berkenaan, Prabu menyampaikan amanatnya melalui seorang rakan yang merupakan orang terakhir yang menemaninya, bersama abangnya.

Di Twitter, aktivis Singapura, Kirsten Han berkata dia dimaklumkan oleh rakan Prabu itu bahawa gambar-gambar itu diambil malam semalam.

“Dari apa yang saya tahu, pihak penjara meminta keluarganya untuk membeli / membawa baju hariannya, kemudian mereka mengambil gambar sebelum hukuman dilaksankan. Foto-foto itu kemudiannya diberikan kepada keluarga,” kata Han, yang juga ketua pengarang, New Naratif.

Antara gambar itu menunjukkan Prabu berpakaian t-shirt biru dan melilit kepalanya dengan kain putih.

Prabu, 31, dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan menyeludup 227.82g dadah diamorphine atau heroin ke negara pulau itu pada 31 Dis, 2014.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.