Anak merupakan anugerah terindah buat setiap pasangan suami isteri bahkan ianya merupakan pelengkap kepada sesebuh keluarga.
Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.
Senang kata, hilang penat ibu bapa yang seharian bekerja jika melihat telatah anak-anak yang terkadang tak termasuk dek akal. Ada sahaja perkara yang hendak dilakukan untuk membuat kita tertawa.
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana memaparkan tiga orang bayi lelaki bermain buka tutup almari telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan tiga orang budak ‘montel’ sedang bermain bersama-sama di kabinet TV.
Namun apa yang menghiburkan adalah apabila mereka ketawa terbahak-bahak oleh kerana salah seorang daripada mereka mula membuka pintu almari dan seorang lagi menutupnya dengan pantas.
Mereka dilihat sangat gembira dan melakukan perkara itu berulang kali. Entah diamana lawaknya sehinggakan mereka berdekah sebegitu rupa namun bagaimanapun hanya mereka sahaja yang faham apa yang sedang terjadi.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 873.3K tontonan, 128.2K tanda suka, 5567 komen dan 10.2K perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan aksi comel mereka bertiga yang ‘mudah terhibur’ itu.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
“lah macamorang tua sembang kedia kopi”
“just a simple things can make men happy..”
“mudah terhibur betul, dengan aku sekali terhibur”
“Bila budak kecik bersembang, mak mak tahu apa”
“happy tengok..”
“ni baru betul ahli kabinet.. perjumpaan mesyuarat kabinet.. tak gaduh pun..”
“untung kau dik.. tak payah fikir masalah.. kalau aku buat macam tu dah ama orang cakap aku ni gila..”
“asal aku pun gelak sama..”
“aku je ke tunggu kot2 budak tu menangis sebab terkena pintu almari tu”
Ada-ada sahaja gelagat budak 3 orang ni.. buat lah apa pun asal korang bertiga bahagia.. jangan tecabut pintu almari tu sudah la… kikiki