Connect with us

Semasa

Live Location Terhenti Jam 4 Pagi, Pengantin Baru Hamil 2 Minggu Maut Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Terbaru, tular di dada akhbar mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Fizatul Hanim Zamani yang berusia 23 tahun maut sewaktu dalam perjalanan ingin menziarahi arwah ibunya.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa baru sahaja menerima berita gembira mengenai kehamilannya yang kini berusia dua minggu namun siapa sangka, Allah lebih menyayanginya.

Difahamkan, kemalangan maut itu berlaku semasa mangsa dan suaminya dalam perjalanan pulang dari Johor ke kampung di Kelantan untuk menizarahi jenazah ibunya.

“Pulang nak ziarah jenazah ibu yang meninggal kerana sakit kronik di kampung di Machang, tetapi dia pula menyusul. Allah SWT menyayangi mereka berdua” kata ibu saudara mangsa, Salmie Arshad.

Mengulas lanjut, kereta perodua Kancil yang dipandu suaminya itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

Ekoran itu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian depan tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Live Location terhenti

“Bagaimanapun, setibanya di Gambang, Nadia memberitahu mereka singgah berehat di sebuah stesen minyak kerana dia pening disebabkan alahan mengandung sebelum menyambung semula perjalanan.

“Sepatutnya mereka sampai lebih awal berbanding abangnya yang bergerak pada tengah malam.” kata ibu saudaranya

“Kira-kira jam 4 pagi ‘live location’ Nadia terhenti dan kami cuba untuk menghubunginya, namun gagal dan akhirnya panggilan itu dijawab oleh individu tidak dikenali dan memaklumkan Nadia bersama suaminya kemalangan.”

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa Nadia, abang sulungnya Muhammad Danial Hakim Zamani, 24, bergegas ke lokasi kemalangan namun dimaklumkan adiknya itu sudah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Setiu,” ujarnya lagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berikutan daripada kecederaan parah di bahagian kepala.

“Selepas waktu Subuh tadi, kami memaklumkan kepada penggali kubur supaya menggalikan satu lagi liang lahad dan dan mereka terkejut apabila diberitahu Nadia meninggal dunia dalam kemalangan.”

Dikebumikan dalam satu liang lahat

“Sepatutnya jenazah arwah adik dikebumikan selepas solat Zohor, namun pada ketika itu jenazah Nadia sudah dalam perjalanan pulang ke Machang sebaik selesai menjalani bedah siasat di Hospital Setiu dan kami mengambil keputusan untuk menunggu sebelum kedua-dua jenazah disolatkan.

“Alhamdulillah, pengebumian adik dan anak saudara berjalan baik dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ajil pada jam 3.15 petang. Kami sekeluarga reda dengan pemergian mereka,” katanya.

Turut dikatakan pemergian dua beranak ini juga memberi kesan yang angat besar pada seluruh ahli keluarga kerana kehilangan dua orang insan yang disayangi serentak dalam masa kurang 24 jam.

Sama-sama kita doakan semoga roh dua beranak ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.