Connect with us

Selebriti

Elfira Loy Tayang Foto Tunang Di IG, “Handsomenya!,” Puji Netizen

Pelakon, Elfira Loy berkongsi foto dia bersama tunangnya, Faris Anuar di laman Instagramnya.

Dalam foto tersebut, terserlah keceriaan di wajah pasangan sama cantik sama padan itu.

“‘you are too short too handle’ can i take this as compliment as well. #ineedmyheelsback,” tulisnya.

Kelihatan ramai netizen memuji pasangan sama cantik sama padan itu di ruangan komen.

Elfira Loy sebelum ini mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki dan mengesahkan berlangsungnya sebuah majlis istimewa pada 2 September lalu.

“Saya berkongsi kepada anda sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh.”

Elfira turut berkongsi foto pada hari yang dianggap paling istimewa itu.

“Apa yang terbuku di hati biarlah tersimpan di dalam hati. Kerana hati sudah dimiliki,” tulisnya.

Pada awal September ini Elfira dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu itu Elfira berkata, dia akan berkongsi semua foto berkaitan kehidupan peribadi di Instagram.

“Instagram merupakan album digital saya untuk selamanya dan saya suka untuk berkongsi apa yang saya suka, cinta dan luahkan apa sahaja di ruang ini,” ujarnya.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.