Daniel Arif Ahmad Fuad sebelum ini menjadi viral apabila kisah beliau yang mengalami kecederaan ketika bekerja akibat dikisar mesin.
Daniel bertarung nyawa selepas separuh badan dari pangkal paha ke bawah hancur dikisar mesin pengisar sampah di sebuah kilang kitar semula di Samseong, Seoul, Korea Selatan.
Rakan Daniel, Shahir berkata, Daniel tiba di Korea Selatan pada September lalu untuk bercuti sebelum mereka mengambil keputusan bekerja di sebuah kilang.
“Kami baru bekerja sebulan di kilang berkenaan. Isnin lalu kira-kira jam 3 petang, mesin pengisar sampah tersangkut menyebabkan Daniel Arif terpaksa mengorek sampah yang melekat di mesin bagi membolehkan ia beroperasi semula.”
Walaubagaimanapun, katanya Daniel perlu menjalani pembedahan kedua untuk memotong pangkal paha akibat jangkitan kuman.
“Saya berharap rakyat Malaysia dapat doakan pembedahan kedua Daniel Arif berjaya dan dia diberikan kekuatan serta kesembuhan oleh Allah SWT.”
Baca: Separuh Badan Dikisar Mesin Di Korea, Daniel Arif Bertarung Nyawa
Di dalam satu rakaman terbaru, Daniel dilihat kuat dan mampu tersenyum di samping bapanya.
Daniel Arief Ahmad kini dirawat di Hospital Suwon Ajudae, Seoul. Beliau kelihatan kuat semangat dan tabah dengan apa yang telah terjadi.
Danial perlu menjalani pembedahan kedua yang juga berisiko kehilangan nyawa untuk memotong pangkal paha akibat jangkitan kuman.
Daniel berkata dia akan pulang untuk membuat rawatan lanjut di Malaysia. Marilah kita sama-sama doakan Daniel Arif.