Connect with us

Viral

Akibat Hina Wanita Gemuk Beli Aiskrim, Gym Trainer Ini Digantung Kerja

Perbuatan menghina tubuh badan atau body-shaming merupakan perbuatan yang sangat tidak bermoral.

Seperti yang dilakukan jurulatih Singapura ini apabila dia memuat naik insta stories berbaur hinaan kepada seorang gadis bertubuh gempal yang sedang beratur membeli ais-krim.

Kejadian yang berlaku di sebuah restoran makanan segera itu mendapat kecaman dari ramai netizen.

Rata-rata bengang dengan tindakan jurulatih itu dan menganggap perbuatannya itu sangat biadap.

Menjijikkan wanita gemuk makan aiskrim

Dalam insta stories itu, jurulatih tersebut telah melukis di sekitar wanita berserta kapsyen “WTF jadi gemuk masih mahu makan ais krim? Menjijikkan”.

Seorang individu yang dikenali sebagai Jufri Danish telah memuat naik screenshot itu sehingga mendapat perhatian ramai netizen.

Cakap tak pakai otak!

Selepas viral foto berkenaan, jurulatih itu memohon maaf di ruangan instagram miliknya. Namun permintaan maaf itu terlewat apabila majikannya bertindak menggantung pelatih itu sehingga notis selanjutnya.

Menurut pihak majikannya itu, dia tidak bersetuju dengan komen yang dibuat oleh pekerjanya itu dan menyesal dengan kejadian yang berlaku.

Padam akaun

Ramai yang memuji pihak syarikat fitness itu kerana tindakan pantas dan ada juga mencadangkan agar jurulatih itu terus dibuang kerja.

Walaubagaimanapun pihak syarikat itu berharap agar orang ramai tidak lagi menyerang jurulatih itu.

Jurulatih itu juga telah memadam semua akaun media sosialnya sejak Selasa lalu selepas dihentam teruk.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: OhBulan[/su_note]

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.