Bagi siapa yang menjalinkan hubungan percintaan, sudah pasti mengharapkan hubungan tersebut berkekalan sehingga ke pelaminan namun tidak dapat dinafikan perjalanan hingga tahap membina mahligai bersama insan tercinta bukan lah satu perkara yang mudah.
Terdapat pelbagai ujian dan halangan perlu kita lalui dan ramai diantara kita yang ‘tewas’ di tengah jalan dan ada juga yang tergantung tak bertali.
Sehinggakan terkadang ‘sakit’ putus cinta ini boleh membawa kepada depresi yang berpunca daripada perasaan sedih yang keterlaluan.
Ada sesetengah orang akan mengatakan perkara ini tidak masuk akal atau mengarut namun percayalah, hanya ‘Depression Fighter’ sahaja tahu betapa seriusnya hal ini.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berada di titik terendah dalam hidupnya apabila terpaksa membatalkan perkahwinannya pada saat-saat akhir.
Apa yang lebih menyakitkan adalah tempat tinggal, kad jemputan dan set barangan hantaran juga disediakan sesuai dengan perancangan namun siapa sangka jodohnya mereka tidak panjang dan akhirnya terpaksa reda dengan segala ketentuan.
Susulan hal tersebut, lelaki ini menjada seakan-akan separa gia kerana hilang selera makan dan hanya termenung panjang sambil meratapi gambarnya bersama bekas kekasih.
Keadaannya semakin hari semakin buruk sehinggakan dia menyarung baju yang sepatutnya dipakai semasa majlis perkahwinannya serta terlihat menggosok leher beberapa kali tanpa melepaskan pandangan kosong ke arah sebuah katil.
Menerusi sebuah lagi video lain, kenalan lelaki berkenaan menafikan sekerasnya itu merupakan content rekaan semata-mata malah menegaskan video tersebut adalah video yang dirakam sendiri oleh adiknya bagi menunjukkan kepada bekas bakal kakak iparnya bahawa keputusannya dalam memtuskan hubungan pada saat-saat akhir tanpa memikirkan perasaan orang lain nyata memberikan impak yang besar kepada abangnya.
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan kesembuhan lelaki tersebut agar terus kuat menjalani hari-hari yang akan datang bahkan ramai juga diantara para netizen yang tidak putus untuk memberikan kata-kata semangat buat lelaki cekal ini.