Connect with us

Viral

“Auto lulus ni” Bawa Motor Sampai ‘Melompat-lompat’, Aksi Gadis Ini Ini Jadi Perhatian Netizen

Tidak dinafikan pengalaman mengambil ujian memandu merupakan satu perkara yang mendebarkan apatah lagi bila tibanya sesi ujian bersama JPJ. Walaupun kita yakin kita mampu buat namun bila tengok sahaja muka abang JPJ, terus kecut perut.

Bab ujian komputer jangan cakaplah, dia punya nervous sampai buat ulang kaji 10 kali semata-mata nak lepas ujian tersebut dan ada yang perlu menduduki semula ujian tersebut berkali-kali sehingga lulus.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang gadis ketika menunggang motorsikal semasa latihan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zairiesudin, kelihatan seorang gadis sedang menjalani latihan menunggang motosikal di salah sebuah institut latihan memandu.

Apa yang lebih membuatkan orang ramai terhibur adalah dia dilihat dengan laju menunggang motornya semasa di bahagian berbonggol. Perkara itu menyebabkan motornya sehingga melompat-lompat akibat daripada kelajuannya itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@zairiesudin #asiadrivingacademi #lesenmotor#hati2gaisbahayaadadimana2 ♬ motorcycle dududu – FUNNY

Ketika artikl ini ditulis, video tersebut telah meraih 18.8M tontonan, 1.2M tanda suka, 48.9K komen dan 99.3K perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat aksinya yang masih steady membawa motor tersebut walaupun melompat-lompat.

“Kira power juga tak jatuh, kira lulus lah ni pilot tak gelabah” – Netizen

Bukan itu sahaja malah para netizen juga salute dengan gadis ini kerana tidak jatuh dan masih berada di atas motor.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“patutnya guna moto cross baru betul”

“auto lulus”

“tu menunjukkan jalan Malaysia tak akan di repair.. sebab tu ujian lesen macam ni.. nanti senang nak handle”

“akak nak gi syurga ke cane kak”

“skill mcm ni auto lesen sultan”


“laju betul nasib tak melayang”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.