Connect with us

Kesihatan

Wanita Ini Kongsi 10 Cara Orang Korea Jaga Muka dan Badan Putih Gebu

Semua wanita pastinya idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara untuk dapatkannya, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan ubat.

Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain.

Jom baca dan ikut perkongsian Sakinah di bawah!

_____________

Sepanjang hampir 3 tahun menetap di Jeju, ada banyak perkara yang Kina belajar dari orang Korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit dan badan. Kalau anda datang Korea mesti perasan kulit dia orang ni banyak yang putih, bersih, dan badan pun kurus je kan?

Kina pernah tanya sendiri dengan kawan-kawan Korea cara dia orang jaga kecantikan? Jadi kat bawah ni Kina senaraikan beberapa tips rahsia yang dia orang bagitau dan hasil daripada pemerhatian Kina sendiri:

1. Penjagaan kulit yang wajib ada

(a) Pencuci muka. Kina perasan ada yang cuci muka guna berus muka pobling tu. Ini memang sangat-sangat berkesan.
(b) Toner
(c) Moisturizer

Ketiga-tiga benda kat atas ni adalah benda asas yang setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence dll. Tapi 3 bahan yang di atas adalah yang paling asas. Jadi kalau malas sangat nak ada krim banyak-banyak, sekurang-kurangnya yang 3 tu mesti ada.

2. Peeling Gel

Ini kawan serumah Korea Kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam skrub yang exfoliate kulit-kulit mati dan daki-daki. Wajib pakai sekurang-kurangnya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali.

Tapi bergantung kepada jenis kulit juga. Kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sebab tu kalau tengok kulit badan dia orang pun gebu (flawless) dan licin.

Dulu Kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah berhenti sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic Kina recommend Aqua Peeling.

3. Sunblock

Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi orang Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yang bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni.

Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik-bintik jeragat, jerawat, sunburn dll. Bagi orang Korea sunblock ni benda asas juga dan tersangatlah penting.

4. Tidak makan makanan yang berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yang minimum

Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak dan manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit dia orang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang Korea kurus-kurus.

5. Banyak makan sayur

Kalau sesiapa yang pernah pergi Korea mesti tau pasal ni. Menu makanan dia orang biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur.

Dah lah hidangan utama tak berminyak, sayur pula 6 ke8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan sayur ni dan tak perlu diterangkan lagi.

6. Banyak bersukan

Waktu Kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yang buat zumba.

Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi tutor persendirian kelas Bahasa Inggeris kepada 2 orang veteran Korea (umur dah 50 ke atas).

Dia orang kata, setiap hujung minggu dia orang pergi hiking gunung Hallasan, gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50 lebih masih ok dan badan dia orang memang kurus, kulit pun tegang macam baru 45 lebih.

Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je. Jadi apa kata kita rakyat Malaysia ni daripada habiskan hujung minggu tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak. Takkan nak kalah dengan makcik-makcik kat Korea ni kan.

7. Pakai Face Mask 2kali seminggu

Kawan-kawan Korea Kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni. Dan siapa yang pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yang mana.

Mask ni sangat membantu untuk lembutkan dan buat kulit rasa segar. Kina perhati kawan-kawan yang rajin pakai mask kan, kulit dia orang licin jenis berkilat tu. Sangat glowing.

Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih dan telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air.

Lepas tu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2 kali seminggu.

8. Makan rumpai laut (seaweed)

Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada rumpai laut yang dah diproses, ada juga seaweed segar yang dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak kolagen yang sangat bagus untuk kulit.

Dan orang Korea selalu guna seaweed dalam masakan dia orang. Siapa pernah makan sup rumpai laut? Sedap kan? Kegemaran Kina tu.

9. Tauhu

Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu. Sama juga macam seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi melawat rumah kawan Korea dan dia hidangkan tauhu mentah + kimchi.

Mula-mula pelik tapi bila makan sedap! Tauhu tu dia orang makan colet dengan Kimchi macam makan kopok lekor cicah sos. Hihihi.

10. Pembedahan kosmetik

Sudah tentu ini tak boleh disangkal lagi. Tapi pembedahan ni dia orang buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka dll. Untuk penjagaan kulit dan dalaman adalah semua yang dah disenaraikan kat atas tu.

Jadi boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman, pemakanan, aktiviti sukan dll. Lupa nak sebut, mereka sangat menjaga kesihatan sebab kos rawatan kesihatan kat sini sangat-sangatlah mahal.

Jadi seboleh-bolehnyanya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital. Sebab tu kalau kat Jeju ni nenek-nenek umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20 meter. Dahsyat kan?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Artikel ini adalah tulisan Sakinah Omar di Facebook beliau. Anda boleh membaca posting asal di sini.[/su_note]

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.