Connect with us

Keluarga

Janganlah Sibuk Membawang Hampir Setengah Jam Baru Tergopoh-gapah Nak Sediakan Air

Bila masuk musim cuti ni pasti ramai yang akan bawa keluarga pergi bercuti dan berhibur sama ada di pusat peranginan ataupun ke rumah saudara-mara.

Ada juga yang tidak ke mana-mana dan menerima tetamu yang ramai terutama dari saudara-mara dan kenalan.

Menerima tetamu yang datang ke ruma ad adab tertentu untuk kita sebagai orang Melayu dan Islam kerana setiap tetamu yang hadir itu membawa rezeki bersamanya.

Jom ikuti perkongsian puan Shaza Baharuddin tentang adab melayan dan menerima tetamu ke rumah kita.

_______________

Catatan Shaza

Tentunya ramai yang pergi bercuti sempena cuti Hari Malaysia. Kami tidak pergi bercuti, duduk di rumah sahaja. Kami bakal menerima tetamu jauh. Pagi ini pergi ke pasar.

Apa menu istimewa untuk tetamu ya?

Tetamu itu pembawa rezeki dan membawa keberkatan. Jika ada yang hendak datang ke rumah, bersyukurlah dan menerima mereka dengan lapang dada.

Ada beberapa adab dalam menerima tetamu, antaranya:

1. Tempoh layanan sebagai tetamu dalam masa 3 hari.

Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuan. Biasanya begitulahkan. Bila ada tetamu kita akan memikirkan menu istimewa untuk dimasak.

Bukanlah sehingga membazir pula – buat ayam golek, masak udang kara dan sotong kurita. Masak istimewa dalam kemampuan kewangan kita.

Cuba bayangkan, orang jauh datang. Dah lama tak berjumpa. Kita hidangkan air bujang je ….huhuhu. Sekurangnya hidanglah sepinggan biskut ya.

2. Menyegerakan hak tetamu.

Biasanya selepas 3, 4 minit bertanya khabar kita akan meminta diri untuk ke dapur. Cepat-cepat bancuh air dan hidangkan buat tetamu.

Janganlah pula sibuk sangat membawang hampir setengah jam baru tergopoh-gapah nak sediakan air. Lagi sadis, tetamu dah nak bersalam hendak balik, kita masih lagi berborak sakan. Ni jenis tuan rumah taik hidung masin!

3. Tidak berlebihan melayan tetamu.

Bersederhanalah ya.

4. Makan bersama tetamu.

Seeloknya makanlah bersama-sama tetamu untuk elakkan tetamu merasa janggal.Teringat saya cara arwah Abah menyantuni tetamu yang datang.

  • kami tidak dibenarkan mengambil kuih yang dihidangkan buat tetamu. Kalau nak, ambik kat dapur.
  • tugas saya dan kakak ketika itu diibaratkan macam waiter. Kami ditugaskan mencedok lauk atau nasi jika dilihat sudah berkurangan di meja hidangan.
  • bagi tetamu yang menginap di rumah kami selalunya pakej 4 kali makan. Pagi, tengahari, petang dan malam. Biar tetamu puashati, jangan biarkan perut tetamu berkeroncong.

Saya sambung adab yang lain, insya allah di lain kali.

 

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.