Biasanya bila kita baru nak mula untuk diet, kita selalu beranggapan berlapar adalah cara yang paling cepat untuk turunkan berat badan.
Tetapi sebenarnya satu kajian mengatakan, berlapar bukanlah satu cara yang paling efektif menurunkan berat badan.
BACA: Berat 63kg Turun 48kg, Rahsia Gadis Ini Kuruskan Badan Dalam Masa 3 Bulan
Malah ia merupakan punca yang menyebabkan gangguan kesihatan dan obesiti pada tahun yang mendatang.
Salah satu cara penurunan berat badan dengan cara yang betul adalah seperti yang dilakukan oleh saudara Muhammad Syamierul.
Foto: FB Syamierul Rashid
Beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18.5KG dalam tempoh masa enam minggu tanpa perlu berlapar.
Jom baca perkongsian dari Syamierul berikut:
___________________
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera, di sini saya ingin kongsi macam mana saya boleh turunkan berat sebanyak 18.5 KG (97.1kg kepaada 78.6kg) dalam masa 6 minggu tanpa perlu berlapar.
Pemakanan
1. Lauk Ikan Dan Ayam
Ayam saya makan bahagian dada kerana ia tinggi protein dan rendah kalori. Saya elak makan kulit ayam dan organ dalam ayam. Ikan saya amalkan kerana tinggi protein.
Saya elak makan daging kerana ia lambat hadam dan melambatkan proses penurunan berat badan. Saya akan makan pagi dan tengah hari dengan kuantiti yang sesuai.
2. Nasi
Nasi saya makan dengan kuantiti segenggam nasi. Nasi mempunyai kanji. Ia melambatkan proses penurunan berat badan. Nasi boleh dimakan ketika diet tapi jaga kuantiti.
3. Kuew Tiaw, Mee, Bihun
Untuk proses penurunan adalah lebih baik makan bihun. Mee dan kuew tiaw kurang sesuai.
4. Sayuran
Wajib ada. Makan sayuran yang sesuai untuk diet. Biasa malam saya akan makan sup sayur dan ayam rebus. Makan selewat-lewat 4 jam sebelum tidur.
5. Cara Masakan
Rebus, sup atau bakar. Kurangkan masakan bersantan seperti gulai, kari dan goreng. Seminggu hanya 2 atau 3 kali saya makan makanan bergoreng dan bersantan.
6. Air
Saya lebihkan air masak/RO/tapis kerana kandungan garam rendah dan mempercepatkan proses pengeluaran peluh.
Manakala air mineral saya kurangkan kerana kandungan garam tinggi dan ianya melambatkan proses pengeluaran peluh.
Air Lemon, Sunquick, Limau, Epal Hijau, Nescafe dan Kopi kurang manis saya juga minum. Air selain daripada ini saya kurangkan.
Air masak, RO, tapis, saya minum setakat mampu sahaja. Tidak memaksa diri untuk cukupkan 3 liter sehari.
7. Buah-Buahan
Kebiasaan saya amal makan epal hijau, jambu batu, nanas.
8. Kekacang
Kekacang seperti kacang tanah dan kuaci saya makan ketika rehat dan lepak-lepak. Rasa nak mengunyah.
9. Semasa Makan
Saya minum dengan air panas ketika makan. Biasa saya minum kopi panas kurang manis dan kalau boleh minum selepas makan. Semasa rehat, lepak-lepak saya minum air sejuk/berais.
Senaman
Dalam masa seminggu, saya akan 1 hingga 4 kali senaman kardio seperti joging dan senaman ringkas. Tempoh sekitar 15 minit hingga 2 jam. Bergantung pada waktu terluang.
Produk
Produk boleh dimakan tapi cari produk yang mempunyai kandungan yang selamat dimakan dan tidak punyai kesan sampingan. Produk ianya berfungsi mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Jika ingin penurunan yang baik, perlu kawal permakanan dan sedikit senaman, jika harapkan produk saja, mungkin penurunan akan berlaku, tapi mengambil masa yang agak panjang. Saya syorkan anda mencuba produk f2f fat destroyer. Selamat dan berkesan.
Program
Bagi saya menyertai program seperti F2F BODY MAKEOVER yang diadakan seluruh malaysia dan program–program seumpamanya adalah penting kerana ia menyediakan:
- Jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah.
- Mengajar cara senaman dan permakanan yang betul.
- Membuat aktiviti berkumpulan bersama dengan mereka yang positif dan mempunyai matlamat yang sama.
- Mempunyai group whatsapp dalam menyalurkan info-info bermakanan dan cara diet yang betul.
- Persaingan secara sihat.
Program seumpama ini membantu kita fokus untuk capai matlamat dalam tempoh yang singkat.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dapat mencapai bentuk badan idaman dan hidup dengan lebih sihat.
Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.