Connect with us

Kesihatan

“Biar la gemuk janji aku jage aurat” Kerap Selfie Dorong Zulaikha Turun Berat Badan Dari 103KG ke 44KG

Semua wanita mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.

Ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanya tinggal impian.

Tidak seperti orang lain, gadis bernama Zulaikha Fallen ini berjaya menurunkan berat badan daripada 103kg kepada 44kg.

Jom baca apa yang si manis, Zulaikha Fallen ini kongsikan.

__________________

Aku gemuk, malas la bergambar

Dalam proses penurunan, wanita ini sarankan agar ambil gambar sebanyak mungkin.

Untuk apa? Tujuannya untuk anda tengok kemajuan diri. “Selain dari tengok penurunan mesin penimbang / ukur lilit badan, lebih jelas lagi kalai kita tengok perbandingan gambar.”

Silap saya dulu, saya jarang ambil gambar atau bergambar. Semua itu atas sebab low esteem. Jadi rasa rugi pula saya tak banyak gambar progress dari satu tahap ke satu tahap.”

Akuinya, ketika dirinya rasa nak give up, dia akan tenung semula gambar-gambar yang ada. Motivasi mula disuntik “Dah usaha, takkan nak separuh jalan.”

Satu lagi, gambar itulah motivasi untuk diri.

Takkan lah aku nak biar diri tak terurus gini selamanya.”

Takkan ini je aku boleh capai

Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?”

Mungkin aku yang banyak beralasan?”

Zulaikha juga tak menjadikan pujian untuk membuatkan dirinya lupa diri. “Jangan sampai kita kembali ke comfort zone atau zon selesa.”

Cabar Diri, Buka Potensi Diri

Cekal betul Zulaikha. Bukan mudah untuk mendapat berat badan seperti sekarang ini. Tapi dia selalu ingatkan diri.

Ingat, diri sendiri yang limitkan potensi tu. Jangan senang-senang nak tuding jari ke orang lain.”

Awak, cukup-cukup beralasan. Cukup-cukup mengeluh acah menyedap diri.”

Alasan-alasan Yang Biasa Kita Guna

– Mak masak sedap

– Busy study / kerja

– Biase la dah beranak ramai ni

– Suka makan

– Kenduri banyak

– Saya masak so saya makan

Banyak lagi alasan-alasan menyalahkan individu lain. Padahal dengan apa situasi sekali pun, cara pemilihan pemakanan, kuantiti pemakanan kita tetap boleh kawal.

Still, kita masih nak salahkan situasi luar dan orang lain.

Sebab Itulah

Belajar untuk sabar, urus diri, tenang dan fikir balik tindakan kita. Hal ni slow-slow kita develop dalam diri.

Macam post saya yang lain, sifat-sifat ini kita develop dalam proses penurunan berat badan kita, automatik kita apply dalam semua aspek hidup kita.

Secara istiqomah, InsyaAllah hidup kita lebih positif dan terurus.

Sebab itu penurunan berat badan ini satu perjalanan kita berlawan dengan diri. Bukannya perlumbaan.

Perjalanan yang mengubah diri sendiri kepada lebih positif.


Ramai Yang Cakap

Kurus tapi berlagak! Kerek!”

Awak.. itu sikap. Bukan sejenis formula yang (kurus = berlagak), (gemuk = friendly).

Sudah la awak. Sudah-sudah mencari alasan menyedap diri untuk terus merosakkan diri dan kesihatan.

My dear, it takes time. Believe in yourself. Love yourself. You are worth it.

“Biar la aku gemuk janji aku jage aurat”

Gini sis, sejak bila tuntutan menutup aurat just utk org gemuk / berat berlebihan saje?
Sy tak nafi, saaaaangat2 banyak yg dulu berbadan besar pakai baju pun besar n acah nak tutup lemak2 berlebihan.

Dah turun badan, pakaian makin sedat. Tudung atas dada n so on yg panjang nak di-list dan mungkin akan menyinggung perasaan mane2 pihak.

Semua tu bergantung kepada diri sendiri. Bukan bermakna kalau da start jage badan n buang berat berlebihan tu, automatik makin nak tayang body dan macam2 bisikan syaitan lg.

Betul awak, makin nampak penurunan badan tu, ade pulak ujian datang n bisikan2.

“Badan da kurus, time to show off my body”

“Biar ex aku tekejut tgk body aku skrang”

“Baju fit2 baju nampak body yg penat aku usaha turunkan ni”

“Tudung bg atas dada sebab mase time moks badan shape boolat. Skrang da ade shape bonjol n so on”

“Jamuan” percuma.

Sy pun pernah tergelincir dalam process penurunan tu, (pakai seluar fit). Maafkan sy mak ayah. Mungkin dalam sy tersasar tu, berkat doa mak ayah, sy nak berubah bukan fizikal semata.

Jadi semua2 yg bg alasan,

“At least aku gemuk pun aku tak pakai baju ketat”

“Aku gemuk janji aku tak tayang aurat.”

“Biar la aku gemuk janji aku tak pakai ketat.”

Dulu sy ckp kat diri, “die kurus pakai baju kebaya ketat. Aku pakai jubah besar ni. Aku tak tunjuk aurat”

Terpesong niat tutup aurat!

Ujian ni time moks ade n time turun berat pun ade. Mane2 situasi pun, jage.

Bukan bertekak, bertikam lidah, golongan mane lebih buka or menutup aurat.

Awak2, nampak tak awak2 pergunakan sentimen agama utk cover diri. Jadi sebenarnye ape sebab korang tutup aurat?

Jawapan dr diri sendiri.

Utk sy, mase sy moks pernah terdetik dalam diri sy, sy pakai longgar2, labuh2 sebab taknak obvious sgt nampak gompolan2 lemak di badan sy.

Ye. Pernah terdik. Sampai dalam process penurunan tu dimana sy tergelincir skit (sy mention di perengga atas tadi).

Lame2 terfikir.. kemana hala tuju sy?

Kalau kate sy boleh inspirasikan or motivate orang, tapi aurat sy tak jage, sahsiah, akademik, fizikal n semua sy tak jage, cane kalau itu yg org ikut? Aduhaii.

Jage aurat tu tuntutan utk semua Muslimah.

Jangan jadikan bentuk badan tu sebagai alasan nak tutup or tak or main bukak tutup.

Panjang kalau nak ulas hal,
– Tutup aurat tp prangai macam hantu
– Tak tutup aurat tp baik
– Tudung labuh tp gedik macam muslimah gedik
– Pakai niqob tp upload gambar makeup mata penuh.

Panjang saangat2.

Satu point sy utk post kali ni,
– jangan jadikan alasan menutup aurat tu based on bentuk badan.
– Ujian n bisikan syaitan tu ade. Berat nak lawan tp cuba n cuba.
– Cukup2 alasan acah cover diri n tuding jari ke org lain.

Mungkin akan ade ramai tersinggung. Sy mintak maaf kalau tersentuh mane2 hati yg terluka.

Kalau yg sempurna saje boleh menegur. Takkan ade orang yg akan menegur.

Sejarah Berat Zulaikha

Starting weight : 103kg

Current weight: 44-46kg (maintain)

Aim muscle weight: 48-50kg

Height : 152cm

Duration : 1 year, 2 months

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.