Ini adalah perkongsian dari WN Syuhada ketika persiapan beliau untuk ke majlis makan malam.
Untuk pakaian dan solekan semuanya sudah siap kecuali inai di tangan. Biasalah perempaun, mesti nak lengkap dan nampak cantik pada majlis makan malam.
Namun, malang baginya apabila dikenakan caj yang agak mahal dan tidak masuk akal hanya untuk inai di tangan.
Mari kita baca perkongsian dari beliau untuk dijadikan pengajaran dan tidak menjadi mangsa yang seterusnya.
__________________
Inai Harga RM550 Untuk Tangan Sahaja
Untuk dinner malam tu semua perfect ( for me). Baju onz by Uncle’s Ash Bin Arrif, makeup onz by Ainna ML tapi inai je ke laut. Stress betul.
Ceritanya Syu tak sempat berinai so minta kawan carikan someone yang boleh datang hotel untuk inai sebab petang tu busy sangat.
Syu dah wassap beberapa henna artist around KL tapi semua full date tu. Maka dengan masa yang limited panggil je la auntie ni dekat Ampang Point. Dia sanggup datang hotel untuk berinai . Harga dia setuju mula-mula RM150 untuk inai tangan sahaja .
Then dia pun datang hotel. Lambat juga dia sampai. So, kitaorang pun start la berinai. Mula-mula boleh nampak dia punya lukisan tak kemas pastu asyik tersalah. YOY Network
Lukisan tangan kiri tak sama macam tangan kanan. Siap yang kawan Syu punya, so my turn. Syu request nak panjang sikit dari kawan Syu, pastu bunga nak lebat sikit.
Lepas Dah Kering, Aduhai.. Tak Rupa Inai Langsung
Pastu last-last dia beritahu harga RM550. Mula-mula nampak ok je inai sebab belum keringkan . Nampak cantik la juga.
Lepas dah kering tu aduhai stress tengok takde rupa inai langsung .Mula-mula argue juga harga tu .
Dia kata sebab design susah plus pengalaman dia dah 17 tahun k. Syu macam pelik dah, takkan tambah sikit panjang harga mencanak naik dari kawan.
Auntie ni awal-awal dah lari tak tunggu kering. Katanya rushing nak ambil anak dia. Kawan Syu RM150, Syu punya RM550, transportation cost lain tau.
Tapi sebab dah penat waktu tu so Syu bayar je lah.
Auntie ni beroperasi di Ampang Point. Takde niat nak tutup periuk nasi dia cuma lain kali please be careful.
Salah Syu sebab tak tanya awal-awal sebab ingatkan harga naik sikit je. Kalau cantik takpe, ini alahai.. stress tengok.
Berbaloi ke harga RM550 macam ni? Geram je tengok.
_______________
Untuk Inai Cantik dan Murah sekitar KL, puan-puan boleh dapatkan khidmat @eisyahennaart