Connect with us

Teknologi

Bayar PTPTN Dapat iPhone X

Apple iPhone X ialah peranti yang paling didambakan di pasaran kerana ia mempunyai rekaan yang cantik, skrin nirbingkai dan sistem imbasan Face ID. Tetapi harga jualannya amat tidak mampu milik bermula dari RM 5149. Sekiranya anda antara peminjam PTPTN, anda kini berpeluang memenangi iPhone X atau Huawei P10 dengan hanya melakukan pembayaran semula.

 

PTPTN kini melakukan kempen membayar semula pinjaman sepanjang bulan Disember sempena ulang tahunnya yang ke-20. Dengan setiap bayaran semula RM 1,000, peminjam akan mendapat satu undi untuk cabutan memenangi satu iPhone X atau salah satu dari 19 Huawei P10 yang ditawarkan. Lebih banyak bayaran semula dilakukan, lebih banyak undian akan diterima sekaligus meningkatkan kebarangkalian untuk menang.

Ini mungkin promosi pembayaran semula PTPTN paling kreatif pernah kami lihat. Menurut angka yang dikongsi awal tahun ini, terdapat 663,000 individu masih belum membayar sesenpun pinjaman mereka. Untuk maklumat lanjut sila ke pautan di bawah.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.