Zaman sekarang ni mudah. Kalau rasa malas nak keluar untuk makan, klik klik je dekat phone, dah sampai makanan. Perut kenyang, hati pun senang.
Sibuk macam mana pun, Foodpanda pasti akan datang menyelamat untuk selamatkan perut korang yang tengah craving sesuatu tu. Tak payah lagi nak susah payah keluar.
Sama keadaannya yang terjadi di sebuah universiti di Singapura di mana seorang rider Foodpanda telah menghantar makanan hingga ke dewan kuliah!
Video yang dimuat naik oleh penyampai radio Singapura iaitu Jerald Justin Ko telah membuat netizen yang melihat video itu turut terhibur!
Pada mulanya rider tersebut tercari-cari pelanggannya namun pensyarah yang sedang mengajar sangat sempoi siap tolong tunjuk tempat duduk pelajar yang dicari lagi!
Pelajar perempuan tersebut tersipu malu apabila rider Foodpanda itu mencarinya hingga ke dewan kuliah. Ya lah, jarang dibuat orang order makanan waktu dalam sesi pembelajaran.
Pelajar-pelajar lain yang melihat kedaaan itu turut tertawa dan memberikan tepukan kepada rider itu kerana sanggup mencari pelajar perempuan itu sampai jumpa.
Pun begitu, reaksi pelajar perempuan tadi seolah-olah terkejut dan bukan dia yang membuat pesanan. Pesanan yang dibuat juga dilihat seperti bubble tea.
Mungkin minuman tersebut dipesan oleh seseorang. Rakan mahupun teman lelakinya. Kebetulan pula video tersebut dimuat naik pada 14 Februari yang lalu di mana hari tersebut adalah Hari Kekasih.
Walau bagaimanapun situasi tersebut mengundang dekah ramai baik pelajar di situ mahupun netizen.
Video yang dikongsi itu tular dengan meraih tontonan sebanyak 1.2 juta dan 110 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap rider tersebut yang sanggup tahan malu untuk hantar pesanan kepada pelanggannya. Ada juga netizen yang mengatakan rider tersebut layak diberi tip kerana perkhidmatannya yang tip top.
Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok
“😂😂Must be really really hungry to be ready to take the embarrassment”
“At least tip the guy lah”
“NOT THE PROFESSOR POINTING OUT WHO WAS IT—— i mean everyone was chill and had a good laugh so it’s a win win situation”