Makanan untuk minum petang merupakan antara juadah yang mudah dan ‘simple’ untuk disediakan.
Biasalah selepas makan tengahari, bila nak bersantai dengan keluarga ketika waktu petang tu mestilah kena ada kudap-kudap kan?
Jadi, jika anda dah bosan asyik makan pisang goreng atau cekodok saja, anda boleh cuba buat apam milo ini untuk dihidangkan kepada keluarga.
Wanita ini berkongsi cara beliau membuat apam milo hanya dengan 4 bahan. Beliau hanya kukus selama 20 minit dan terus menjadi dengan sekali percubaan.
Jadi tak salah sekiranya anda pun mencuba resepi apam milo viral yang disediakan oleh beliau kan?
Jom kita cuba resepi apam milo dari Fatihatul Hakimah
APAM MILO 4 BAHAN JERR.
Nak buat kek pelangi tapi x cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yg penting suami dan adik-adik kata sedap.
Pestime buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi
Bahan-bahannya bukan membahan ok :
1) Telur 6 biji
2) Tepung gandum 2 cawan
3) Gula pasir 2 cawan (kurangkan kalau x suka manis)
4) Milo setengah cawan
Cara-cara buat:
1. Pukul telur dan gula sampai berbuih / putih / kembang. Jangan derhaka nanti apam tak naik( tiha guna blender jer)
2. Masukkan tepung gandum, blender lagi sampai sebati ( rasa blender dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)
3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas, satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1 bekas lagi buh milo dan kacau-kacau sampai sebati.
4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga2 (ikut suka tak ada paksaan)
5. Kukus hingga 20 minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)
6. Siapppp 😍
Adunan nie tiha dapat dua loyang kecik tapi tak smpai malam dah habis.